Hari ini adalah hari yang penting kepada masa depan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Kerana pada hari inilah kepimpinan tinggi PAS - dari Timbalan Presiden ke bawah untuk tempoh 2 tahun mendatang, akan ditentukan pemenangnya.
Kalau kepimpinan liberal yang diterajui Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) berjaya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden dari dirampas kumpulan pro ulama yang diterajui Datuk Nik Amar, PAS akan kekal menjadi rakan pembantu dalam Pakatan Rakyat.
Tapi kalau sebaliknya berlaku, aku melihat masalah yang lebih besar akan timbul.
Walaupun setakat ini semua sayap-sayap PAS, Ulama, Pemuda dan Wanita cenderung untuk menyokong penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat, tapi semua itu adalah kerana mereka menunggu kepastian dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.
Yang mana menurut sesetengah pendapat, boleh mempengaruhi pandangan sayap-sayap terbabit terhadap Pakatan Rakyat di masa akan datang.
Jawatan Timbalan Presiden kali ini penting, berbanding 2 tahun lepas kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan mengambil alih jawatan Mursyidul Am dari Datuk Nik Aziz Nik Mat yang semakin uzur.
Dalam tradisi peralihan kuasa yang biasa berlaku dalam PAS, Timbalan Presiden akan mengambil alih jawatan Presiden secara automatik dan inilah sebab utama kenapa Mat Sabu perlu terus mengekalkan jawatannya dalam pemilihan kali ini.
Kalau Nik Amar yang menang, PAS akan selamanya duduk dalam kepompong ulama yang sudah terbukti tidak membawa parti itu kemana-mana.
Tapi hari ini semuanya terletak di tangan perwakilan PAS, Pakatan Rakyat tidak lagi mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam memastikan kejayaan Mat Sabu.
Oleh yang demikian, semua kerajaan Pakatan Rakyat telah mewajibkan setiap rumah ibadat di negeri yang kita perintah untuk mendoakan kemenangan Mat Sabu bagi memastikan PAS terus berada di landasan yang betul bersama Pakatan Rakyat.
Ini adalah langkah terakhir yang paling mulia boleh dilakukan Pakatan Rakyat untuk memastikan kejayaan Mat Sabu, tidak ada cara lain.
No comments:
Post a Comment