Wednesday, November 13, 2013

Penan bukan pendatang, kata Wan Azizah

KUCHING: Masyarakat Penan bukan warga pendatang tetapi mereka dipindahkan dengan menggunakan paksa rela tanpa diberikan hak yang sewajarnya.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan tindakan terbabit satu penghinaan kepada masyarakat Penan.
“Mereka bukan rakyat pendatang, tetapi mengapa tindakan yang diambil pihak berkuasa seolah-olah memerangi penjenayah?,”tanya Wan Azizah dalam temubual bersama FMT selepas mengadakan perjumpaan bersama PKR Petrajaya dan Santubong.

“Ini merupakan satu penindasan kepada rakyat Sarawak,
“Kenapa perlu banyak empangan? Empangan Bakun masih belum digunakan dengan sepenuhnya,
Wan Azizah juga menambah bahawa sistem monopoli yang digunapakai di Sarawak menyusahkan rakyat Sarawak.
“Memang pada pandangan umum, Sarawak merupakan negeri terkaya di Malaysia. Rakyat Sarawak berhak merasai nikmat kekayaan yang ada,
“Dan bukannya apabila kuasa hanya kepada kumpulan elit sahaja yang membolot semua kekayaan yang ada,
“Sarawak bukan tidak cukup, kerana banyak Ketua Menteri di Malaysia, Taib Mahmud dilimpahi dengan kekayaan hasil bumi,” tegas Wan
Beliau juga menambah rakyat Sarawak memerlukan pimpinan yang lebih baik.
Situasi di Murum dan Baram mendapat liputan media yang luas sejak akhir-akhir ini apabila masyarakat Penan menuntut hak ke atas tanah mereka.
Sumber juga melaporkan ada pihak cuba menutup situasi di Murum dan Baram dan cara pihak berkuasa menangani masyarakat Penan juga diragui.
Akhbar-akhbar di Sarawak juga memberi pandangan yang negatif mengenai apa yang berlaku di Murum dan Baram.
Wan Azizah juga sempat memberi reaksi mengenai ahli PKR Sabah yang keluar parti.
“Sabah dan Sarawak mempunyai sejarah mengenai banyak ahli yang keluar parti, politik ini atas dasar prinsip dan ini amat dikesali.
“Kita menghadapi banyak tekanan dan kekangan dari pelbagai pihak tetapi kita tetap teruskan.
“Bukan senang apabila kita bukan kerajaan yang memerintah,” ujar beliau

No comments: