Keputusan Najib Tun Razak untuk melantik pendakwah yang kononnya bebas, Kazim Elias sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO semalam membuktikan bahawa Kazim ini adalah seorang penipu besar, berlawanan dengan tarafnya sebagai pendakwah bebas.
Ini kerana, setiap kali kaitannya dengan UMNO dibangkitkan, dia mengelak dan cuba menafikan ada kaitan dengan parti tersebut. Kononnya siapa pun yang panggil berceramah, dia akan pergi, tak kira dari belah mana pun.
Rupa-rupanya dia menipu kita semua. Memang selama ini Kazim adalah pencacai UMNO - seperti sangkaan ramai orang yang merasa ada tidak kena dengan pendekatan yang digunakan Kazim setiap kali berceramah - membantai Pakatan Rakyat.
Nampaknya, memang benarlah Kazim dihantar sebagai perosak yang meracuni fikiran orang ramai untuk membenci Pakatan Rakyat, atas lesen penceramah bebas. Bebas apa kenamanya kalau terbukti menyokong UMNO?
Selain itu, Kazim turut menipu duit orang ramai kerana yang aku tahu, dalam setiap ceramah dimana dia dijemput, Kazim akan mengedarkan tabung derma untuk sekolah agama yang diuruskannya, dengar cerita, beribu jugalah hasil kutipan yang masuk
Itu yang masuk tabung, yang transfer terus ke dalam akaun, tak tahu berapa banyak. Justeru Pakatan Rakyat mengesa pihak berkaitan menyiasat akaun Kazim kerana kita mahu tahu kemana wang dari tabung tersebut dibelanjakan, adakah betul-betul untuk kegunaan sekolah, atau untuk kegunaan UMNO?
Pakatan Rakyat tidak menuduh, kita mahu Kazim disiasat, itu saja, itupun salah?
Aku secara peribadi memang tidak pernah percaya dengan yang kononnya mendakwa penceramah bebas ini, baik yang seakan-akan menyokong PAS seperti Azhar Idrus, apatah lagi yang sudah sah jadi pencacai UMNO seperti Kazim.
Dua-dua aku memang tak pernah percaya, ini semua sandiwara dunia nak cari duit dengan cara mudah.
Lebih senang kita semua menumpahkan kesetiaan dan kepercayaan kepada parti politik kerana hanya parti politik sahaja yang boleh membentuk kerajaan di Malaysia ini. Pendakwah bebas macam Azhar Idrus dan Kazim, hanya pandai berpura-pura untuk kepentingan kewangan masing-masing.
Paling untung sudah tentulah Kazim, lepas dari ini tidak payah susah-susah berceramah lagi dah kerana sudah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Agaknya banyaklah duit yang masuk selepas ini, apa guna nak minta sumbangan dari orang lagi.
Mungkin PAS boleh pertimbang untuk lantik Azhar Idrus sebagai AJK Pas Pusat pula untuk menyaingi Kazim.
Bagaimanapun, pada pandangan ramai orang, perlantikan Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO ini umpama meletakkan tahi di dalam pinggan, tak sesuai, tempat tahi dalam jamban!!
Bagaimanapun, pada pandangan ramai orang, perlantikan Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO ini umpama meletakkan tahi di dalam pinggan, tak sesuai, tempat tahi dalam jamban!!
No comments:
Post a Comment