Monday, November 4, 2013

PRK Sg Limau: PAS Akan Menang Majoriti 1200 Undi

Maklumat terbaru yang aku dapat menyebut, PAS akan menang dengan majoriti besar, 1,200 undi di Sungai Limau.  Walaupun tidak mencapai sasaran untuk menang lebih besar dari majoriti yang diperolehi dalam PRU13 yang lepas, tapi menang sudah memadai.
 
Cuma aku agak terkilan sikit kerana kemenangan PAS ini bukan kerana kekuatan parti tersebut tapi kerana 'sumbangan' pemimpin UMNO tempatan yang mengambil kesempatan dari pilihanraya kecil ini dengan mengadakan gerakan sulit memalukan Menteri Besar mereka sendiri, Datuk Mukhriz Mahathir.

 
Pemimpin UMNO yang merupakan penyokong tegar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Naib Presiden Hishamudin Tun Hussein ini dikatakan bimbang populariti mendadak yang diperolehi Mukhriz mampu mengganggu peluang masing-masing sebagai bakal Perdana Menteri di masa hadapan.
 
Untuk rekod, UMNO akan mengadakan satu lagi pemilihan pada tahun 2016 dan ramai pemerhati politik meramalkan bahawa pemilihan itulah yang akan berlangsung sengit kerana dilangsungkan tidak lama sebelum PRU14, bukan pemilihan yang baru lepas.
 
Mukhriz sendiri dijangka akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada tahun tersebut dan jika itu berlaku, ramai bimbang Hishammudin (dan seterusnya Khairy), bukan dalam line-up  yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri untuk menggantikan Najib.
 
Kalau BN masih kekal di Putrajaya selepas PRU14lah.
 
Maka itu mereka lebih rela BN kalah di Sungai Limau daripada melihat imej Mukhriz terus meningkat naik dengan mendadak kalau BN menang di Sungai Limau.
 
PAS bagaimanapun perlu melihat perkembangan ini dengan teliti dan mengkaji tahap penurunan sokongan yang diperolehi mereka.  Benar, PAS masih menang, tapi apalah maknanya kemenangan itu yang disebabkan oleh sabotaj dalaman UMNO terhadap Mukhriz.
 
Lagipun sasaran untuk meningkatkan majoriti undi dalam kempen pilihanraya kecil ini tidak tercapai.  Itu adalah hakikat yang perlu diakui kepimpinan PAS dan mereka tidak boleh terus ambil lewa dan ambil mudah bahawa rakyat di Sungai Limau semakin ramai yang menolak perjuangan PAS.
 
Sementara UMNO Kedah kita boleh biarkan terus bercakar sesama sendiri.
 
Perkembangan lanjut mengenai proses pengundian di Sungai Limau ini akan disampaikan dari masa ke semasa.

No comments: