Saturday, November 2, 2013

Sg Limau: Anwar Yakin PAS Tambah Majoriti, Mahfuz Patut Malu

Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar patut malu kerana memberi anggaran yang cukup rendah dalam memperkatakan tentang majority undi kemenangan PAS di Sungai Limau Isnin nanti.
 
Mahfuz baru-baru ini dipetik sebagai berkata PAS hanya berkemungkinan menang dengan majority 500 undi saja.
 
Ini memalukan, kalau nak guna permainan psikologi sekali pun, takkanlah rendah macam itu anggaran undi yang Mahfuz boleh terfikir.
 
Berlainan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Dalam ceramahnya di Simpang Tiga Sungai Limau semalam. Anwar menganggarkan PAS mampu menang dengan majoriti lebih besar kali ini.  Keyakinan tersebut bersandarkan kepada kebodohan Najib Tun Razak menghapuskan subsidi gula dan memperkenalkan pula cukai GST dalam pembentangan bajet 2014 yang lepas, di tengah-tengah kempen PRK Sg Limau.
 
Menurut apa yang diberitahu kepada aku oleh pegawai Anwar, Najib tidak kisah kehilangan Sungai Limau, sebab itulah dia tidak meneruskan kepura-puraan BN dalam soal turun naik harga barang ini apabila memperkenalkan polisi yang boleh membuka jalan kepada kenaikan harga dan perkhidmatan secara besar-besaran di negara ini.
 
Justifikasinya, sebelum PRU13, Najib boleh pulak menahan kenaikan harga minyak kerana bimbang BN akan kalah dalam pilihanraya tersebut.  Sepatutnya minyak naik sebaik BN berkuasa semula, tapi di dalam tempoh tersebut, berlaku pula kekosongan di Kuala Besut.
 
Tangguh lagi.
 
Tapi bila BN menang besar di Kuala Besut, Najib membalas kemenangan itu dengan menaikkan harga minyak.  Nasib baik rakyat ada peluang untuk membalas semula keputusan Najib dengan memberikan BN kekalahan besar dalam PRK Sungai Limau kali ini.
 
Dengan semua itu kita semua pelik, bagaimana Mahfuz boleh ramal PAS menang 500 undi saja?  Tapi kita semua tahulah latar belakang Mahfuz, dia bukan bijak mana pun berbanding dengan Anwar yang cakapnya lebih diterima orang.
 
Mahfuz sepatutnya berhenti membuat ramalan tidak masuk akal mengenai kemenangan PAS di Sungai Limau, lebih-lebih lagi pada tempoh 48 jam terakhir sebelum proses pengundian bermula.  Mahfuz perlu ingat, jika PAS menang dengan majoriti rendah, dia akan tetap digantikan sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah.
 
Perkara ini telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen kelmarin.

No comments: