Monday, November 4, 2013

PRK Sg Limau: SPR Berlaku Adil Pada PAS

Mungkinlah agaknya pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)  sudah dapat mengagak BN akan kalah dalam kempen pilihanraya kecil Sg Limau kali ini, maka PAS nampaknya mendapat layanan yang cukup istimewa dari badan bebas tersebut.

Jarang-jarang berlaku macam ini.  Sememangnya sebelum ini pun aku dah dengar yang SPR hanya berpihak kepada pihak yang menang sahaja, dan sekarang perkara itu sudah berlaku depan mata aku.

Sebab itulah petugas PAS dibenar berada dalam lingkungan 50 meter dari pusat pengundian, sementara petugas BN, mereka paling minimum pun mestilah 100 meter jauh dari tempat mengundi.


Malah PAS dibenarkan untuk membuka pondok panas atau barong bagi memudahkan para pengundi memeriksa lokasi mengundi mereka, berbanding dengan BN yang tidak dibenarkan langsung.

Beberapa orang petugas SPR dilihat meruntuhkan barong BN sebentar tadi setelah amaran yang diberikan lebih awal tidak dipedulikan oleh petugas parti yang tidak ada etika itu.  Mungkin BN letak orang pekak disitu, sebab itu mereka buat tak peduli saja.


PAS juga dibenarkan untuk menggunakan kanak-kanak sekolah bagi berkempen pada saat akhir untuk parti tersebut.  Kelihatan ramai sekali anak-anak sekolah yang masih kecil ini membawa bendera PAS dan Pakatan Rakyat yang lain menuju ke pusat pengundian.

Aku bangga kerana inilah generasi muda yang akan membuat perubahan di negara ini nanti.

Walaupun mereka masih kanak-kanak, tapi pendedahan politik perlu diberikan diperingkat awal supaya bila dewasa kelak, mereka dapat membezakan yang mana kebenaran dan yang mana kebathilan (betul ke aku eja tu?)

No comments: