Thursday, November 21, 2013

Tahaaluf Siyaasi hangatkan muktamar, kata Taib

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib
SHAH ALAM - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mengakui Muktamar Pas ke-59 yang sedang berlangsung akan dihangatkan dengan isu Tahaaluf Siyaasi yang dicadangkan pada Multaqa Ulama Semalaysia September, lalu.

Menurutnya, perkara itu berlaku ekoran salah faham terhadap cadangan untuk menyemak semula kerjasama politik dengan rakan perikatan PR.

Beliau juga berkata telah menerima "serangan" kerana mengeluarkan cadangan itu.

"Muktamar kita kali ini panas, sebab kita buat multaqa di Kedah.

"Pada multaqa itu, peserta telah membuat cadangan dan pandangan sekali gus resolusi dan cadangan kita telah bentangkan di depan presiden.

"Beliau bagi respon baik, tapi lepas itu kita mendapat serangan terutama saya sebab saya cadangg itu dan ini, tapi pekara itu salah faham," katanya pada ucapan pembukaan sekali gus merasmikan perbahasan sidang Dewan Ulama Pas, di sini, hari ini.

No comments: