SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor sudah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang memiliki pegangan minoriti saham dalam beberapa syarikat konsesi tol menentang kenaikan kadar tol tahun depan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, melalui anak syarikat itu, kerajaan negeri memiliki tidak lebih 30 peratus saham dalam setiap syarikat.
Beliau juga telah mengarahkan Ahli Lembaga Pengarah yang mewakili PKNS membuat beberapa cadangan supaya kenaikan kadar tol tidak berlaku demi kepentingan rakyat.

“Kita berharap perkara ini dapat dibincangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah.
“Kita rasa pulangan diperoleh PKNS melalui pelaburan dalam syarikat konsesi adalah baik. Maka tidak perlu dinaikkan kadar tol walaupun (dalam) perjanjian syarikat itu termaktub boleh menaikkannya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Kerajaan Negeri, di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bersetuju mengeluarkan arahan kepada wakil kerajaan dalam syarikat konsesi untuk tidak menyokong kenaikan kadar tol.
Abdul Khalid berkata, beliau difahamkan PKNS menerima pulangan keuntungan 35 peratus melalui pelaburan di dalam syarikat konsesi.
“Majoriti pemegang saham mungkin memikirkan mengenai soal aliran wang tetapi kerajaan negeri ada tanggungjawab dengan rakyat dan kita minta PKNS suarakan pandangan jangan kenakan kadar tinggi kepada rakyat.
“Jangan ambil kesempatan dengan keuntungan kerana kerajaan pusat gagal memastikan aliran tunai dengan baik,” katanya.
Khalid bagaimanapun mengaku keputusan terakhir akan dibuat lembaga pengarah lebuh raya berkenaan dan bukan keputusan kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment