Friday, December 27, 2013

"Cost Of Government": Nasihat Mahathir Tiru Anwar, Kenapa PAS Pula Teruja?

Melihat kepada keresahan rakyat di sana sini berikutan kenaikan kos sara hidup, aku percaya pentadbiran Najib Tun Razak akan mengikut satu persatu cadangan Tun Mahathir dalam soal menguruskan kewangan negara, subsidi dan sebagainya.

Ini setelah aku melihat begitu ramai orang memberikan reaksi positif berhubung cadangan tersebut sejak ia mula disiarkan di laman blog bekas Perdana Menteri tersebut, www.chedet.cc, malangnya termasuk dari komponen Pakatan Rakyat sendiri, PAS.

Walaupun, Mahathir dikatakan orang yang paling layak menasihatkan kerajaan dalam soal subsidi ini kerana sejak dia menjadi Perdana Menteri barulah kerajaan mula memberikan pelbagai bentuk subsidi kepada rakyat, PAS tidak seharusnya memuji bekas Perdana Menteri tersebut.

Mahathir bagi subsidi pada rakyat dulu bukan sebab dia ni baik, tapi sebab nak tutup mata rakyat dari segala macam penyelewengan yang dilakukannya untuk kroni-kroninya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Selain itu, seperti yang umum tahu, Mahathir adalah arkitek di sebalik kejatuhan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan baik macam mana pun dia, Mahathir masih musuh utama Pakatan Rakyat yang perlu ditentang habis-habisan.

Dihapuskan dari sejarah negara ini kalau perlu.  

Bukan PAS tidak tahu Pakatan Rakyat akan menjadikan Mahathir tidak lebih dari 'satu titik kecil' dalam sejarah negara, pedulilah berapa besar pun jasa dia yang sering di perkatakan orang.

PAS seharusnya yakin dengan keupayaan Anwar untuk menguruskan ekonomi negara ini lebih baik dari Najib, dan yang penting, lebih baik dari Mahathir.

Perkara ini penting sebab kalau kita lihat entri dalam blog Mahathir itu, majoriti idea untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan mengekalkan subsidi yang ditulis orang tua ini, adalah menceduk idea Anwar!!.

Antara yang paling ketara ialah mengurangkan ketirisan dalam kerajaan, yang kemudiannya disumbangkan dalam bentuk penjimatan kepada kerajaan.  

Anwar dah sebut perkara ini dah lama, setiap kali ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan disedut keluar oleh Ketua Audit Negara, setiap kali itu jugalah Pakatan Rakyat dan Anwar membangkitkan soal ini.

Sedangkan Mahathir baru cakap semalam.  Yang lain-lain tu ada banyak lagi, tapi aku malas nak ulas sebab semua orang boleh baca sendiri dan buat perbandingan.

Pentingnya sekarang, kalau nak diletakkan kayu ukur, antara Mahathir dan Anwar, siapa yang lebih hebat dalam pengurusan ekonomi dan pemberian subsidi, tidak syak lagi Anwar yang adalah pemenang!!

Tidak hairan ada sumber mengatakan, antara punca kenapa Anwar dipecat pada tahun 1998 dulu adalah kerana Anwar yang mencadangkan jalan penyelesaian yang kemudiannya digunakan Mahathir untuk menyelamatkan ekonomi negara dari kegawatan ekonomi 1997 - menambat mata wang.

Itulah yang dikatakan punca utama Mahathir pecat Anwar kerana bimbang Anwar lebih handal dari dia dalam ekonomi.

No comments: