Friday, December 20, 2013

DAP: BN gagal realisasi manifesto

  • Teo Kok SeongTeo Kok Seong
 1 / 1 
SEREMBAN – Kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa gagal menangani kos sara hidup rakyat sehingga menyebabkan rakyat terbeban.

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Teo Kok Seong berkata, rakyat kini dibebani dengan pelbagai kenaikan harga barangan termasuklah bayaran kadar baharu tol yang dianggap perkara tidak munasabah.

Menurutnya, rakyat juga terpaksa berdepan dengan kenaikan tarif elektrik, yang mana ia sudah pasti akan memberi banyak kesan kepada peningkatan barangan dan perkara lain.


“Kerajaan dilihat gagal merealisasikan manifesto yang dilaung-laungkan pada PRU13 lalu, di mana dalam Aku Janji itu, kerajaan BN berhasrat akan menangani kos sara hidup rakyat, tetapi perkara sebaliknya berlaku.

“Apa yang menyedihkan, tidak sampai tujuh bulan BN memerintah, harga minyak, gula, tarif elektrik bayaran tol, tambang pengangkutan awam dan sebagainya dinaikkan. Paling teruk sekali sistem cukai perkhidmatan (GST) pula akan dilaksanakan pada April 2015,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, walaupun GST tidak dikenakan kepada barangan keperluan harian, namun tindakan sedemikian sudah pasti akan memberi impak kepada perbelanjaan isi rumah.

Beliau turut menggesa BN merujuk kembali dan membaca setiap manifesto yang dibuat sebelum PRU lalu dan janji kepada rakyat perlu ditunaikan tanpa alasan.

“Saya berharap kerajaan BN membuat penelitian dan kajian yang mendalam mengenai kesan dan akibat, sebelum mengambil keputusan untuk menaikkan sesuatu harga, sama ada produk makanan mahupun perkhidmatan.

“Jangan disebabkan kenaikan yang dibuat itu, rakyat pula yang terpaksa menanggung beban sehingga mendatangkan kemudaratan kepada isi rumah tersebut,” katanya.

No comments: