Sunday, December 29, 2013

Himpun TURUN: MB Kelantan Bernasib Baik

Tindakan Menteri Besar Kelantan menukar pendiriannya berhubung sokongan terhadap himpunan TURUN (Himpunan Guling Kerajaan) yang akan dianjurkan Pakatan Rakyat pada malam ambang tahun baru, memang patut tepat pada masanya.

Ini kerana, Datuk Ahmad Yaakub tahu jika dia tidak menukar pendirian mengenai himpunan ini dengan segera, kedudukannya di Pejabat Menteri Besar Kelantan, berada di hujung rambut.  Bila-bila masa sahaja dia akan diarahkan untuk mengosongkan pejabat tersebut.

Aku ulang, bila-bila masa.

Jangan terkejut, perkara ini memang terlindung dari mata ramai orang kerana kita tidak mahu masalah baru seperti pemberontakan di kalangan penyokong Ahmad Yaakub dalam DUN Negeri Kelantan.

Malah, Ahmad Yaakub mungkin sudah dimaklumkan bahawa penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru telah pun dinamakan, cuma menanti perkenan dan lain-lain hal yang berkaitan sahaja.  

Begitulah besarnya magnitud perkara ini akibat kenyataan asal Ahmad Yaakub yang tidak selari dengan pendirian Pakatan Rakyat untuk memberi sepenuh sokongan kepada Himpunan TURUN sebelum ini.

Apa pun perkata lepas biarkan lepas, yang penting sekarang, Ahmad Yaakub sudah boleh membuka perbendaharaan negeri bagi menampung pelbagai kos yang diperlukan rakyat Kelantan untuk turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka pada hari Rabu minggu depan.

Dengan kenaikan pelbagai kos hari ini, Ahmad Yaakub tidak boleh berharap sesiapa dari Kelantan untuk turun secara sukarela bagi menghadiri himpunan tersebut.  Perlu disediakan bas, tempat penginapan, wang belanja dan sebagainya bagi memudahkan mereka untuk hadir ke Kuala Lumpur.

Kalau dapat kerajaan negeri menyewa kapal terbang bagi tujuan tersebut, seperti mana yang pernah dilakukan Menteri Besar sebelumnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam  himpunan Bersih 3 yang lepas, itu lebih baik.

Pakatan Rakyat mahu lihat semua ini dilakukan segera.  

Banyak masa yang telah terbuang bila Ahmad Yaakub umum tidak menyokong himpunan itu sebelum ini.  Sekarang bila dia sudah berubah fikiran, semua gerak kerja PAS Kawasan bagi menyokong himpunan tersebut yang sebelum ini terhenti, perlu digerakkan semula.

No comments: