Monday, December 2, 2013

Jemput Khalid Meshaal: UMNO Setaraf Pengganas Hamas?

Seperti yang semua orang maklum, beribu-ribu pencacai UMNO (baik jantan dan betina) hari ini akan berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena dengan perhimpunan agung parti tersebut bagi tahun ini.

Tak seperti sebelum-sebelumnya, perhimpunan kali ini kurang tarikannya sebab tidak ada proses pemilihan dijalankan, memandangkan format baru pemilihan UMNO menyaksikan semua pemegang jawatan bertanding di luar dari mesyuarat agung.

Datang mesyuarat kali ini hanya untuk mengesahkan kemenangan saja.

Begitupun, UMNO menutup kelemahan itu dengan mencipta kelainan berbeza apabila menjemput pemimpin dari pertubuhan pengganas Hamas Palestin, Khalid Meshaal untuk hadir bagi menjayakan forum antarabangsa yang diadakan sempena perhimpunan kali ini.

Kewajaran UMNO menjemput Khalid Meshaal yang diiktiraf sebagai pemimpin pengganas nombor satu dunia serta menjadi antara indvidu yang paling dikehendaki oleh pertubuhan perisikan antarabangsa seperti Mossad dan CIA, telah menjadi tanda tanya yang besar di kalangan rakyat Malaysia dan Pakatan Rakyat sendiri.

Adakah ini bukti jelas bahawa UMNO sudah mengiktiraf pertubuhan pengganas seperti Hamas?  Jika begitu, aku tidak malu mengatakan bahawa UMNO juga setaraf dengan Hamas - pengganas!!

Selain itu, tindakan UMNO menjemput Khalid ke perhimpunan mereka ternyata membebankan negara dari pelbagai sudut.  

Pertama, imej negara sudah pasti tercalar di peringkat antarabangsa kerana mengiktiraf pengganas seperti Khalid Meshaal, kedua, ia memberi tekanan kepada pasukan keselamatan untuk memberi perlindungan yang ketat terhadap Khalid Meshaal sepanjang dia berada disini.

Khalid Meshaal seperti yang kita tahu sebelum ini telah beberapa kali menjadi sasaran bunuh oleh pihak-pihak yang tidak senang dengan keganasan yang dilakukan Hamas di Israel dan Palestin sendiri.

Semua ini pasti akan melibatkan penggunaan wang yang banyak dan rakyat tak pasal-pasal terbeban dengan perbelanjaan tidak perlu untuk melindungi pemimpin pengganas seperti Khalid Meshaal. 

Kalau ia pun nak menunjukkan keprihatinan kepada perjuangan rakyat Palestin, bukan dengan cara menjemput pemimpin pengganas seperti Khalid Meshaal.  Ramai lagi tokoh berhaluan kanan dan sederhana dari negara tersebut yang boleh dijemput, kenapa tokoh pengganas juga?

Ini bukan pertama kali.  

Kalau tak silap aku, tahun lepas pun UMNO menjemput pemimpin pengganas MILF dari Filipina untuk menghadiri satu forum yang turut dianjurkan parti tersebut, juga di PWTC.  Aku tak pasti bagaimana keputusan menjemput semua pengganas ini boleh mendatangkan kebaikan kepada Malaysia.

Jika ada sesiapa yang nampak kebaikannya menjemput Khalid Meshaal pada negara ini, sila maklum pada aku.  Yang nyata, UMNO tak habis-habis nak memalukan negara dengan membawa masuk pemimpin pengganas ke negara kita.

UMNO memang pengkhianat!!

No comments: