Friday, December 20, 2013

Kagumi pemimpin, tak semestinya Syiah

  •  Dr Zaharuddin Abdul RahmanDr Zaharuddin Abdul Rahman
 1 / 1 
SHAH ALAM - Tidak timbul isu besar pada istilah Ahli Sunnah kerana sesiapa yang mengaku dirinya Ahli Sunnah,  ini bermaksud dia adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, ini kerana Ahli Sunnah mahupun Ahli Sunnah Wal Jamaah bukan tergolong dalam fahaman Syiah.

"Secara jelas, Syiah bukan Ahli Sunnah mahupun Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Jika seseorang telah mengaku dirinya adalah Ahli Sunnah, maka dia adalah tergolong dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Zaharuddin berkata, untuk menggolongkan seseorang itu sebagai Syiah, mereka perlu melihat ciri pemesongan Syiah yang paling nyata iaitu mengakui dan mengkafirkan sahabat Nabi SAW dan tidak mengikut Sunnah Nabi.

No comments: