Kenaikan tarif elektrik bermula awal tahun depan yang diumumkan kerajaan semalam, berkebarangkalian tinggi tidak akan memberi kesan yang cukup untuk menumbangkan kerajaan BN sedia ada.
Ini kerana dari analisa yang dijalankan Pakatan Rakyat, hanya sekitar 29% sahaja dari keseluruhan 6.45 juta pemegang akaun dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang akan terasa kesan dari kenaikan tarif tersebut.
29% dari 6.45 juta ini tidak cukup untuk mengerah rakyat turun ke jalan membantah kenaikan tarif terbaru yang menyeksakan rakyat kerana aku difahamkan, majoriti dari 29% itu termasuk dalam golongan yang mampu menyerap apa jua kenaikan yang dilaksanakan kerajaan.
Jadi, lebih baik Pakatan Rakyat desak kerajaan naikkan tarif dengan lebih tinggi supaya kita ada modal untuk menaikkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan.
Berlakonlah sedikit.
Ini penting sebab dah beberapa kenaikan berlaku sebelum ini, kita tak nampak ada kesan yang ketara pada rakyat, itu yang pelik.
Dalam kenaikan harga minyak contohnya, Pakatan Rakyat berharap untuk melihat lebih ramai orang jatuh miskin atau mati kebulur kerana tidak mampu menampung kesan kenaikan tersebut, tapi nampaknya kehidupan ramai orang masih macam biasa juga.
Tidak langsung, menunjukkan kenaikan itu belum cukup tinggi untuk menyokong fakta rakyat menderita. Dah lebih 3 bulan dah sejak harga minyak dinaikkan September lepas, kenapa semua masih berjalan seperti biasa, itu yang aku hairan.
Begitu juga dengan subsidi gula. Harapannya, adalah rakyat yang mati akibat kekurangan gula supaya senang kita jadikan isu, tak juga berlaku, entah dimana silap, sedangkan hakikatnya rakyat benci dengan apa jua kenaikan yang disebabkan oleh keputusan kerajaan.
Tak kisahlah secara langsung atau tidak.
Apa pun, aku masih melihat peluang untuk Pakatan Rakyat memanipulasi isu ini walaupun tak cukup untuk menumbangkan kerajaan.
Dengan kenaikan terbaru ini, sekurang-kurangnya kita boleh pastikan sokongan rakyat, terutama di kawasan bandar akan terus bersama Pakatan Rakyat kerana golongan inilah yang paling terjejas dengan kenaikan tarif terbaru diumumkan kerajaan semalam.
No comments:
Post a Comment