Dalam rakyat hidup tertekan dengan kenaikan pelbagai barangan keperluan asas, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad nampaknya lebih berminat untuk bercakap tentang jin dan hantu. Setakat ini dah dua artikel berkaitan hantu dan jin yang ditulisnya, boleh rujuk disini dan disini.
Siapa yang peduli?
Patutnya Mahathir ikut seperti anak dia, Marina yang begitu prihatin dengan kegagalan menguruskan kewangan dan ekonomi negara dengan baik sehingga para peniaga dengan mudah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang.
Adakah ini bukti Mahathir sudah masuk tahap nyanyuk sehinggakan dia keluar dari kebiasaannya bercakap tentang perkara-perkara penting yang berlaku di sekeliling?
Mungkin juga Mahathir sudah tidak sabar untuk mati dan seterusnya menjadi hantu - cerminan kepada tindakan kejam dan zalim yang dilakukannya semasa hidup dan semasa memegang jawatan sebagai Perdana Menteri?
Ikut apa yang disampaikan orang kepada aku, hantu ini adalah biasanya terjadi dari roh orang yang semasa hidupnya jahat sehingga mati pun tidak diterima bumi. Bila bumi dah tak terima, itu yang merayau ke sana sini jadi hantu.
Kalau diukur kezaliman Mahathir sepanjang 22 tahun memerintah negara ini, percayalah, tidak akan ada siapa pun yang terkejut kalau dia menjadi hantu, itu memang sudah patut bagi seorang yang jahat dan berdosa seperti dia.
Tapi sementara perkara itu berlaku (Mahathir mati dan menjadi hantu), aku mengesa kepada rakyat Malaysia ini agar tidak memberi perhatian kepada tulisan orang tua itu. Rakyat perlu bersama-sama Pakatan Rakyat dalam soal menentang kezaliman kerajaan BN yang tidak mampu mengawal harga barang.
Selangor sebagai contoh, adalah bukti dimana segalanya murah dan mampu diperolehi rakyat.
Walaupun kerajaan negeri secara amnya tidak mampu mengawal harga barang yang kuasanya di tangan kerajaan pusat, tapi kebijaksanaan pimpinan negeri dengan memudahkan perniagaan, telah menyebabkan harga barang dijual pada harga yang sangat murah.
Itu baru diperingkat negeri, cuba bayangkan kalau di peringkat persekutuan.
Apa pun yang penting, isu sebeginilah yang perlu rakyat beri perhatian pada waktu ini, bukan cerita hantu dan jin seperti yang ditulis Mahathir, itu mengarut dan tidak masuk akal (kecuali dalam bab bila Mahathir mati, dia akan bertukar menjadi hantu).
No comments:
Post a Comment