Tuesday, December 3, 2013

Perhimpunan Kucing Kurap UMNO Bermula

Kebelakangan ini, seakan sudah menjadi trend, orang yang tidak berguna dikaitkan dengan kucing kurap.  Trend itu semakin menjadi-jadi sejak Ahli Parlimen DAP dari Jelutong, Jeff Ooi menggelar seorang kakitangan bawahan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan gelaran yang sama.

Bercakap tentang perkara yang sama, di bangunan Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) hari ini pun, perhimpunan kucing kurap, UMNO secara rasminya bermula.  Benar, semalam pun dah ada beberapa aktiviti yang berkaitan dengan perhimpunan tersebut, tapi rasminya hari inilah.

Sudah tentu sebagai parti pemerintah, tidak boleh tidak perhimpunan ini akan menjadi ikutan sesetengah orang yang berharap perhimpunan seperti ini akan menghasilkan sesuatu yang mungkin menguntungkan mereka.


Pakatan Rakyat tidak rasa Najib Tun Razak sebagai Presiden Kucing Kurap, ada masa untuk memikirkan faedah orang Melayu secara keseluruhannya dalam perhimpunan tahun ini.

Baru saja semalam pentadbirannya mengumumkan kenaikan tarif elektrik bermula Januari 2014 dan hari ini Najib pasti lebih sibuk bersilat bagaimana nak menghadapi kemarahan rakyat yang mahu tahu rasional di sebalik keputusan tersebut.

Silap-silap, nak hunus dan cium keris pun tak sempat.

Alasan kos bahan api naik dan apa segala yang lain naik ni, dah tak boleh dipakai sangat.  Benar, di negeri-negeri Pakatan Rakyat pun ada juga berlaku kenaikan tarif air yang disebabkan kenaikan kos, tapi itu hal kita, sekarang ini kita cakap tentang dia (UMNO, BN & Najib).

Begitu juga impian rakyat untuk melihat perwakilan kucing kurap menyelar keputusan pentadbiran Najib menaikkan kadar tarif elektrik ini mungkin tidak akan kesampaian.  Dah namapun kucing kurap, sumbat mulut dengan projek, senyaplah tu nanti.

Rakyat pun jangan terperdaya dengan segelintir kecil orang UMNO yang kelihatan bersungguh benar mempersoalkan kenaikan tarif elektrik di laman media sosial sana sini, itupun hanya lakonan belaka, dihujung-hujungnya nanti, tetap parti kucing kurap inilah yang mereka sanjung.

Penyudah bagi kelompok seperti ini, selepas memekak-memekak macam nak gila ni, UMNO nak bagi aku apa?  Kalau ada, diamlah, kalau takda, teruslah memekak.

Yang penting rakyat terus bersama-sama Pakatan Rakyat dalam soal kenaikan tarif ini.  Pakatan Rakyat dah merancang beberapa perhimpunan bagi mendesak kerajaan mengkaji semula keputusan untuk menaikkan kadar tarif elektrik, harga minyak, penghapusan subsidi gula dan sebagainya.

Rakyat hanya perlu memberi kerjasama supaya semua himpunan tersebut berjaya dilaksanakan sahaja.  UMNO sudah tidak boleh diharap untuk menyelesaikan masalah rakyat.

No comments: