Thursday, December 5, 2013

'Saya tunggu respons MB'

  • 'Saya tunggu respons MB'Siri laporan berkaitan isu kenaikan gaji yang dibawakan SInar Harian selepas pengumuman dibuat Abdul Khalid.
 1 / 1 
SHAH ALAM – Isu kenaikan gaji ahli dewan negeri Selangor yang dikatakan terlalu tinggi membabitkan menteri besar, speaker, timbalan speaker dan Adun boleh dibincangkan pada sidang Dun akan datang sekiranya ada yang ingin membahaskan usul berkenaan.

Speaker, Hannah Yeoh berkata, kelmarin beliau dimaklumkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) telah meminta kerajaan negeri mengkaji semula kenaikan gaji yang telah dipersetujui pada 27 November lalu.

“Sebagai Speaker Dun, saya tunggu maklum balas kerajaan negeri mengenai hal itu. Dan sekiranya ada yang ingin membahaskannya pada sidang akan datang, Adun boleh berbuat demikian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, difahamkan pimpinan tertinggi PR meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkaji semula kadar kenaikan gaji atas desakan rakyat yang tidak berpuas hati mengenainya.

Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan di pejabatnya di Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi yang sekali lagi meminta kajian semula dilaksanakan.

Mesyuarat turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim kit Siang.

Anwar juga ada menegur Abdul Khalid supaya mengkajinya semula tetapi bersetuju dengan kenaikan cuma jumlahnya perlu dikurangkan sebelum ia dilaksanakan.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Azmin Ali juga senada dalam menyuarakan isu berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Shamsudin Lias Isnin lalu juga meminta kajian semula dibuat kerana apa yang disuarakan bukan hanya melibatkan BN, tetapi mewakili suara rakyat.

Beliau akui sudah tidak sempat untuk menangguhkan kenaikan tetapi menyifatkan boleh dikaji semula dan akan membawa isu itu pada Sidang Dun akan datang.

Minggu lalu, dewan negeri meluluskan pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 2013 melibatkan gaji menteri besar naik 106 peratus dari RM14,175.15 kepada RM29,250 bermula 1 Januari.

Gaji speaker (RM6,109.29 kepada RM22,500), timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750), Exco (RM6,109.29 kepada RM20,250) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).

No comments: