Sunday, December 1, 2013

SEGERA!! PAS Perlu Sahkan Pemecatan Kazim Elias

Satu-satunya alasan Kazim Elias kenapa dia mengaku masih menjadi ahli PAS ialah, dia tidak pernah menerima surat  pemecatannya sebagai ahli parti tersebut, walaupun PAS Manjong (kawasan Kazim berdaftar sebagai ahli PAS) telah meluluskan usul supaya dia dipecat pada 14 Mei 2011.

Kegagalan PAS Pusat mengesahkan usul tersebut dengan mengeluarkan surat pemecatan Kazim, telah menyebabkan imej parti tersebut tercalar teruk bila dia dipilih menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO Jumaat lepas.

Soal dia sudah menerima perlantikan tersebut atau tidak bukan isu, isunya ialah kenapa PAS masih tidak mengesahkan pemecatan Kazim walaupun sudah ada usul yang diluluskan berhubung pemecatannya? 

Selain Kazim diketahui seringkali mengkritik PAS di mana saja dia berceramah.

ADUN atau ahli Parlimen yang melompat keluar parti pun tidak mempedulikan soal keahlian apabila membuat keputusan tersebut.  Yang penting, pada saat dia membuat keputusan itu, keahliannya sudah gugur dengan automatik.

Samalah seperti Kazim.  Pada saat dia pergi merata tempat mencemuh perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, tambahan kepada usul dari PAS Manjong yang disebutkan di atas, dia sepatutnya sudah gugur keahlian secara automatik.

Ini perlu disegerakan dan tidak boleh berlengah lagi.  Kenapa PAS suka menyimpan orang yang menentang parti tersebut secara terang, ini yang pelik.  

Dalam kes bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa pun begitu juga.  PAS masih menyimpan pengkhianat ini sebagai ahli walaupun telah menyingkirkannya dari pelbagai jawatan yang dia sandang dalam PAS.

Tidak ada orang yang membela ular di dalam rumah, tapi PAS pelik, mereka suka bela ular di dalam rumah dan ini harus berubah.

Imej PAS dan Pakatan Rakyat tidak boleh selamanya diburukkan oleh ular seperti Kazim dan Nasharudin.  Ini politik, falsafahnya mudah dan ringkas, bersama kita atau bersama musuh kita - tidak boleh duduk di antara keduanya.

Jadi, tanpa mempedulikan keputusan Kazim sama ada menerima perlantikkan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO atau tidak, PAS perlu membuat keputusan segera dengan memecat pendakwah bebas itu sebagai ahli parti tersebut - SEGERA!!

No comments: