Entah mana silapnya, aku terlihat siaran langsung pertandingan 400m wanita Suka SEA di sebuah rangkaian milik kerajaan yang jarang-jarang aku dan ramai orang lain tengok - melainkan orang-orang tua di kampung yang tertutup minda dan otak dari perubahan yang sedang pesat berlaku di luar.
Tapi aku bukan nak cerita pasal rangkaian tersebut, sebaliknya apa yang aku cuba sampaikan disini ialah atlit wanita dari Malaysia yang terlibat dengan acara tersebut, kelihatan agak aneh dengan pakaian sukan yang dipakainya.
Aku lihat, sementara atlit negara lain menggunakan pakaian senipis dan seketat mungkin untuk menghilangkan rintangan angin yang datang dari depan semasa berlari, alit wanita muslim berkenaan pakai baju yang layak dibawa ke pasar!!
Nak menang macam mana?
Kalau macam ini, sampai bila pun Malaysia tidak akan maju dalam sukan, terutama di kalangan atlit wanita. Nasib baik ada atlit wanita bukan Muslim yang mewakili negara ini, kepada mereka inilah rakyat Malaysia bergantung harapan untuk mendapatkan pingat.
Aku difahamkan, atlit wanita muslim di Malaysia enggan mengenakan pakaian yang lebih nipis dan ketat kerana peraturan majoriti persatuan sukan yang terikat dengan hukum hakam agama Islam mengenai etika berpakaian.
Seperti yang semua tahu, Islam menghalang wanita memakai pakaian yang dikategorikan sebagai menjolok mata kerana bimbang menganggu perasaan orang lelaki, selain mungkin jadi mangsa rogol.
Ini adalah satu fahaman yang agak meleset kerana di atas padang, balapan dan sebagainya, tidak ada lelaki yang nak ghairah tak tentu pasal dengan hanya melihat pakaian 'menjolok mata' yang digunakan oleh para atlit.
Apatah lagi nak mengapa-apakan atlit berkenaan kerana pakaian yang dipakainya.
Kalau dalam kehidupan biasa ini, memang betullah pandangan tersebut, tapi dalam sukan, pengecualian sepatutnya diberikan.
Pakatan Rakyat berikrar akan mengubah semua ini jika kita berjaya mengambil alih Putrajaya pada PRU14 nanti. Sukan di negara ini perlulah dibebaskan dari belenggu tafsiran kuno agama yang keterlaluan oleh BN sehingga menghalang peluang negara untuk menang lebih banyak pingat.
Oh ya, cakap pasal atlit wanita yang disebutkan di awal perenggan tadi, atlit berkenaan mendapat nombor 4 dari 5 peserta yang bertanding.
Memalukan.
No comments:
Post a Comment