Dakwaan beberapa pihak bahawa kerajaan Selangor menggunakan peruntukan persekutuan untuk menampung kenaikan gaji melampau ADUN, Speaker, Timbalan Speaker dan Menteri Besar sendiri, sebetulnya bukanlah satu dakwaan yang salah semuanya.
Maklumat yang aku dapat memang mengesahkan perkara tersebut dengan sebahagian besar wang itu diambil dari peruntukkan menyelenggara jalan yang disumbang kerajaan pusat dibawah program Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).
Dan beberapa sumber lain yang aku tak perlu terangkan disini.
Walaupun tindakan ini mendapat tentangan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, tapi secara kasarnya, keputusan menggunakan wang MARRIS untuk menaikkan gaji semua yang disebutkan di atas, tidaklah salah.
Ini setelah mengambil kira pendapat bahawa kerajaan Selangor menyumbang berkali-kali ganda dari apa yang dibayar semula oleh kerajaan persekutuan di bawah program MARRIS. Pendek kata, Selangor mengambil wangnya sendiri.
Tidak mengapalah kalau tanpa membelanjakan peruntukkan tersebut bermaksud ada jalan di Selangor yang tidak diselenggara dengan baik kerana tempoh pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri tersebut masih panjang.
Kalau tidak tahun ini, tahun depan akan disempurnakan semua proses penyelenggaraan jalan tersebut. Lagipun kalau dibuat awal-awal, bimbang rakyat akan lupa dengan jasa Pakatan Rakyat. Adalah lebih baik kalau semua kerja-kerja penyelenggaraan itu dilakukan ketika PRU14 makin hampir.
Sementara itu, lebihan wang ini boleh digunakan untuk tujuan lain dan menampung kos kenaikan gaji para pemimpin Selangor ini adalah satu daripadanya.
Ramai yang mungkin tidak tahu kerajaan negeri Selangor mengalami masalah kekurangan tunai akibat menampung begitu banyak faedah yang dijanjikan untuk rakyat dalam Manifesto PRU13 yang lepas.
Sebab itulah dalam bajet 2014 yang dibentangkan Menteri Besar kelmarin, sejumlah RM430 juta wang dari rizab kerajaan negeri digunakan untuk menampung 6 projek infrastruktur untuk kemudahan rakyat di negeri tersebut.
No comments:
Post a Comment