SHAH ALAM - Kerajaan berkuasa menangguhkan kenaikan kadar tol melalui rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, perkara itu boleh dipersetujui apabila kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.
Katanya, kerajaan boleh berunding dengan pihak konsesi berkenaan apakah bentuk timbal balik yang boleh diwujudkan bagi mengelak kadar tol dinaikkan.

“Mungkin berlaku kenaikan (kadar) 10 peratus. Maka kerajaan perlu membayar penalti berdasarkan kekurangan yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menurut beliau, kerajaan ada budi bicara untuk berbincang dengan syarikat konsesi terlibat, mengenai keputusan menaikkan kadar tol itu.
“Kerajaan mungkin tidak boleh tanggung (kos meningkat) selama-lamanya, tetapi kerajaan mampu tangguhkan kenaikan (kadar tol) dalam tempoh tertentu, ” katanya.
Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata, kenaikan kadar tol tidak sesuai ketika rakyat berhadapan dengan kenaikan kos perkhidmatan lain.
“Jika kerajaan bertegas meneruskan kenaikan itu, akan berlaku kejutan ekonomi kepada rakyat.
“Oleh itu, adalah wajar kerajaan tangguh dahulu kerana kerajaan berkuasa berbuat demikian,” katanya.
Menurut beliau, perbincangan dengan syarikat konsesi perlu disegerakan jika benar tempoh perjanjian kadar tol sudah tamat.
“Isu boleh selesai dengan baik setelah kerajaan berunding dengan syarikat terlibat. Jika hasil rundingan memerlukan kerajaan membayar pampasan pun tidak mengapa kerana perkhidmatan (lebuh raya) ini untuk rakyat (juga).
“Saya percaya kerajaan mampu menanggung (pampasan) RM400 juta kerana kerajaan boleh tampung melalui kutipan cukai lain,” katanya.
Menurut Shazali, kenaikan secara bertindan dalam tempoh terdekat ini juga akan memberi kesan kepada psikologi masyarakat.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kerajaan terpaksa membelanjakan RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya jika mereka diberi kelonggaran untuk menangguhkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya disemak tiga hingga lima tahun sekali.
Ditanya apakah cara yang boleh dilakukan kerajaan buat masa ini, Shazali berkata, kerajaan perlu memberi ruang kepada rakyat untuk menerima semua kenaikan yang diumumkan sebelum ini.
“Untuk tempoh yang dekat beberapa kenaikan (harga) telah berlaku (ke atas barang-barang dan perkhidmatan) seperti minyak, gula, elektrik dan transit aliran ringan (LRT).
“Kerajaan perlu pastikan rakyat menyesuaikan diri dan menerima kenaikan sedia ada sebelum membuat kenaikan yang lain pula,” katanya.
“Kerajaan perlu pastikan rakyat menyesuaikan diri dan menerima kenaikan sedia ada sebelum membuat kenaikan yang lain pula,” katanya.
No comments:
Post a Comment