KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan Selangor menaikkan gaji barisan kepimpinan di peringkat negeri itu disifatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai 'cakap tidak serupa bikin'.
Menurut Khairy, yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan, tindakan tersebut jelas membuktikan pimpinan pembangkang tidak mengotakan janji mereka seperti mana yang dilaung-laungkan oleh mereka selama ini.
"Dewasa ini, makin jelas tembelang pembangkang di mata rakyat.
Menurut Khairy, yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan, tindakan tersebut jelas membuktikan pimpinan pembangkang tidak mengotakan janji mereka seperti mana yang dilaung-laungkan oleh mereka selama ini.
"Dewasa ini, makin jelas tembelang pembangkang di mata rakyat.
"Kalau dulu mereka pukul canang, Selangor paling hebat dalam mengamalkan pentadbiran berhemah tetapi kini tindakan kerajaan Selangor menaikkan gaji Speaker,Timbalan Speaker dan Adun mereka sehingga ratusan peratus, apa pula ceritanya? takkan itu juga demi rakyat.
"Matematik saya senang sahaja, kalau gaji Speaker Selangor RM22,500 sebulan, bermakna setahun RM270,000. Dun Selangor pula bersidang kira-kira, kita ambil purata 30 hari dalam setahun.
"... malahan tahun lalu, persidangan Dun Selangor hanya sebanyak 21 hari sahaja, dengan sehari saja Speaker bertugas, sudah dapat RM9,000, gaji MB usah cerita, lagi banyak daripada gaji PM yang menjaga satu negara," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno di PWTC hari ini.
Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji dan elaun antara 87 peratus hingga 373.3 peratus bagi Menteri Besar, Exco, Speaker, Timbalan Speaker dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor berkuat kuasa 1 Januari depan.
Pindaan gaji kali terakhir dilakukan pada 2011.
Isu kenaikan gaji ini turut mendapat perhatian dan kritikan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan kenaikan ini perlu dikaji dan dinilai semula.
No comments:
Post a Comment