Wednesday, January 15, 2014

Arah Buka Tudung: PR Sokong SRJK(C) Nan Ya


Pakatan Rakyat menyokong penuh keputusan pentadbir Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya mengarahkan seorang guru Islam membuka tudungnya dalam satu kejadian pada 8 Januari lepas.

Tindakan pentadbiran dan Guru Besar sekolah berkenaan adalah selari dengan pendirian Pakatan Rakyat dan konsep hak asasi manusia sejagat yang mahu kanak-kanak sekolah diliberalisasikan dari pengaruh keagamaan oleh guru-guru mereka.

Aku difahamkan sekolah berkenaan menerima banyak aduan dari ibu bapa dan anak murid sekolah tersebut yang tidak selesa dengan kehadiran guru bertudung di sekolah itu.

Sementara pentadbir sekolah berkenaan tidak mempunyai halangan untuk guru-guru mengamalkan agama pilihan masing-masing, sedikit sekatan perlu dikuatkuasakan dalam soal mengamalkan agama di kawasan sekolah.

Lagipun ini sekolah cina dimana majoriti besar pelajar beragama Kristian atau Buddha, bukan sekolah kebangsaan, kenapa guru berkenaan nak kena bertudung pula?  Nak bertudung di dalam surau atau masjid, bukan dalam sekolah, apa yang susah sangat nak faham?

Apa perasaan pelajar dan ibu bapa di sekolah kebangsaan kalau ada guru-guru bukan beragama Islam di sekolah tersebut yang mengenakan pakaian mengikut amalan agama masing-masing?  Sudah tentu mereka juga akan mengambil tindakan yang sama bukan?

Bagi menunjukkan sokongan ini, Pakatan Rakyat telah menghantar beberapa orang peguam untuk membantu Guru Besar dan seorang ahli PIBG sekolah tersebut yang dipanggil untuk memberi kenyataan kepada pihak polis kelmarin.

Keputusan ini juga dibuat atas permintaan pentadbir sekolah yang bimbang guru besar dan anggota PIBG berkenaan tidak diberikan pembelaan yang sepatutnya semasa memberi keterangan kepada pihak polis.

Pakatan Rakyat berharap, kejadian ini memberi pengajaran kepada semua guru beragama Islam di SRKJ (C) yang sedang berkhidmat sekarang agar tidak mengambil tindakan serupa yang dilakukan guru sekolah Nan Ya tersebut.

Dalam negara Malaysia dimana rakyatnya berbilang agama dan kepercayaan, penonjolan keterlaluan amalan agama masing-masing, apatah lagi di sekolah, adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali.

No comments: