Sunday, January 19, 2014

Badminton Terbuka Malaysia: Chong Wei Diarah Bermain Untuk Kalah?


Pakatan Rakyat dimaklumkan telah mengarahkan pemain badminton utama negara, Datuk Lee Chong Wei bermain untuk kalah dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut hari ini.

Keputusan ini dibuat sebagai tanda protes atas insiden seorang pemuda Cina dibelasah oleh demonstrator Melayu di Penang semalam kerana menggelarkan mereka sebagai Melayu Bodoh.

Chong Wei yang dijadualkan menghadapi pemain Indonesia, Tommy Sugiarto hari ini, akan memastikan Malaysia mendapat kekalahan walaupun itu bermaksud mencalar rekod beliau sendiri sebagai pemain di ranking nombor satu dunia.

Status sebagai pemain nombor satu dunia itu tidak penting, soal kaum itu lebih utama dari segala-galanya.  Kekalahan dalam perlawanan kali ini juga tidak akan menjejaskan ranking Chong Wei, tidak ada masalahlah.

Chong Wei yang juga ahli seumur hidup komponen Pakatan Rakyat, semalam mengenakan pakaian putih merah yang juga warna utama DAP, dilaporkan telah bersetuju dengan arahan tersebut dan sedang merangka cara yang betul untuk memastikan kekalahan itu nanti tidak begitu ketara sangat disengajakan.

Apatah lagi rekod menunjukkan Tommy belum pernah menang ke atas Chong Wei.

Berita baiknya, mengikut apa yang aku dimaklumkan, sememangnya Chong Wei sekarang ini telah ketinggalan jauh dibelakang pemain Indonesia tersebut dalam perlawanan akhir yang sedang berlangsung.

Pada aku sendiri, kalah atau menang, itu adalah hak Chong Wei dan kalau dia mengambil keputusan untuk kalah sebagai tanda protes sekalipun, tidak ada siapa dari kita layak mempersoalkannya.

Apa sekalipun kita tunggu sajalah keputusannya nanti sama ada perkara ini benar-benar terjadi atau tidak.

No comments: