Mungkin ramai tidak sedar bahawa pada saat ini di kalangan para blogger UMNO sendiri sedang berantakan sesama sendiri kerana berebutkan dana bernilai ratusan juta ringgit yang diperuntukkan parti tersebut kepada penggerak media sosial mereka.
Setiap seorang masing-masing mengaku sebagai hebat dan layak untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian peruntukkan tersebut, tanpa mahu berkongsi dengan orang lain.
Cuma dalam keterujaan itu, ada blogger UMNO yang terlajak mempamerkan kelemahan dalam akhbar (versi Online) yang menjadi lidah utama mereka sendiri - Utusan Malaysia.
Dalam terbitan semalam, Utusan dikatakan tersilap memasukkan gambar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam artikel berkenaan Perdana Menteri, Datuk Seri Kangkung Najib Tun Razak.
Walaupun tidak mempunyai kesan yang besar dari satu sudut kerana buat masa ini semua orang sedang sibuk dengan sayur kangkung, tapi ia sebenarnya mempunyai impak kepada pihak-pihak tertentu yang tahu tentang 'motif' disebalik pendedahan kesilapan tersebut oleh blogger mereka sendiri.
Apatah lagi kita tidak cakap tentang blogger biasa, tapi bloggger yang namanya pernah dikaitkan sebagai Papagomo!!
Apatah lagi kita tidak cakap tentang blogger biasa, tapi bloggger yang namanya pernah dikaitkan sebagai Papagomo!!
Kisahnya, dikatakan oleh sumber yang dekat dengan UMNO, Utusan telah dilantik parti tersebut sebagai organisasi rasmi untuk menguruskan dana ratusan juta ringgit ini bagi membayar para penggiat media sosial parti tersebut sehingga PRU14 kelak.
Keputusan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan blogger UMNO tertentu yang lebih senang kalau peruntukkan tersebut disalurkan terus kepada mereka seperti sebelum PRU13 yang lepas.
Jadi semua blogger yang berkenaan, telah mengambil kesempatan menunjukkan kelemahan Utusan yang disebutkan di atas melalui akaun Facebook masing-masing dengan harapan UMNO akan membatalkan keputusan tersebut.
Buat masa sekarang memang Pakatan Rakyat tidak ada bukti, tapi dari segi logiknya memang boleh diterima akal sebab Utusan diketahui sudah biasa dengan pengurusan media cetak, sekarang dipanjangkan pengurusan tersebut ke media sosial pula.
Kita juga patut meragui dari manakah sumber dana yang banyak ini datang, adakah dari sumber dalam parti tersebut ataupun dengan menyelewengkan wang rakyat. Ratusan juta ringgit tu, bukan sikit.
No comments:
Post a Comment