Wednesday, January 1, 2014

Demo Turun Kos Sara Hidup Gagal, Siapa Salah?

Free Malaysia Today (FMT) hari ini memilih tajuk "Anti Price Hike Makes A Point" bagi merujuk kepada himpunan TURUN yang diadakan malam tadi.

Dari satu segi baguslah, sebab FMT memberi sokongan moral kepada peserta himpunan malam tadi.

Malang, dari satu segi yang lain, FMT gagal melihat himpunan itu sebenarnya gagal memaksa kerajaan BN untuk menurunkan harga barang dan perkhidmatan yang naik mendadak pada tahun 2014 ini.

Buktinya, jalan-jalan di sekitar bandar pagi tadi, aku melihat semua harga barang masih pada harga sama, malah kadar tol di beberapa syarikat konsesi juga turut tidak berubah, masih macam dulu - tidak pun turun jadi murah?

Jadi, setakat 'makes a point' buat apa?  Rakyat mahu lihat result, hasil.  

Bila bercakap tentang hasil, ternyata himpunan malam tadi gagal lah, tidak berhasil, itu saja conclusionnya. Tidak banyak yang boleh diperkatakan sebab tidak ada apa perubahan kecuali tarif elektrik naik yang berkuatkuasa tengah malam tadi.

Punca utamanya ialah kerana penganjur gagal mendapatkan lebih ramai rakyat hadir ke perhimpunan tersebut seperti mana sasaran awal, 1 juta orang.

Malah, tak keterlaluan aku katakan, inilah perhimpunan paling tidak berjaya pernah dianjurkan Pakatan Rakyat sepanjang tahun 2013 setelah himpunan Blackout pada Jun lepas, turut gagal menghasilkan momentum yang dimahukan bagi mendesak kerajaan melakukan apa yang rakyat mahu kerajaan lakukan.

Iaitu membatalkan keputusan pilihanraya dan mengadakan pilihanraya semula.  Sehingga sekarang, pentadbiran Najib meneruskan mandat dengan simple majority yang diperolehi BN dalam PRU13 yang lepas.

Lebih memalukan dan memilukan, Pengerusi TURUN sendiri, Azan Safar tidak kelihatan sepanjang himpunan tersebut berlangsung.  Kalau tidak kerana CheguBard dan beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat hadir, sudah pasti himpunan tersebut hambar dan tidak bernyawa.

Nak kata kena tangkap (mengikut laporan awal), tak pulak dengar apa-apa cerita.

Pakatan Rakyat akan mengadakan satu post mortem kenapa himpunan yang memperjuangkan hak rakyat ini tidak mendapat sambutan seperti yang dimahukan.  Dimana dan apakah silapnya sehingga boleh jadi begitu, kita nak juga tahu.

Mengikut sumber, sepatutnya bila perkara berkaitan poket rakyat ini dibangkitkan, semua orang patut hadir memberikan sokongan, tapi itu nampaknya tidak berlaku.

Aku sendiri berpendapat, himpunan itu gagal kerana keputusan menamakan seorang anak muda berusia 21 tahun bagi memperjuangkan isu berkaitan kos hidup rakyat.  Pada usia itu, aku jamin potong jari dia tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kos hidup, apatah lagi statusnya sebagai pelajar.

Sepatutnya letak seorang yang benar-benar mendalami soal sara hidup ini, dan kalau boleh mengalami sendiri untuk memimpin TURUN.


No comments: