Friday, January 17, 2014

Kalimah Allah: Penang Akan Hapuskan Sub Seksyen 48 Undang-Undang Syariah Negeri


Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengaku kesilapan dalam menguatkuasakan sub seksyen 48 (3) dan (4) Undang-undang syariah negeri yang menghalang penggunaan 40 perkataan Arab (termasuk Kalimah Allah) oleh orang bukan Islam pada 2010.

Perkara itu (kesilapan) hanya disedari kerajaan negeri setelah Jabatan Mufti negeri tersebut mengesahkan kewujudan larangan itu dalam undang-undang syariah negeri tersebut.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam perutusan sempena Sambutan Hari Thaipusamnya hari ini memberi komitmen untuk menghapuskan undang-undang tersebut dalam persidangan DUN yang akan datang.

Untuk memberi lebih banyak jaminan, Perlembagaan negeri juga akan diubah supaya tiada lagi undang-undang sepertinya boleh digubal di negeri tersebut buat selama-lamanya.

Tindakan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan Selangor untuk menghapuskan Enakmen 1988 dalam Undang-Undang Syariah negeri tersebut yang turut memberi eksklusiviti kepada orang Islam dalam menggunakan 36 perkataan Arab.

Disamping itu, seperti didedahkan oleh 3 ADUN DAP di negeri tersebut minggu lepas, Pakatan Rakyat juga akan meminda perlembagaan negeri bagi menghapuskan kuasa JAIS dan mengurangkan peranan Ketua Negeri dalam soal berkaitan Islam.

Lim Guan Eng
Agak memalukan bagaimana Pulau Pinang - sebuah negeri yang dikuasai DAP sepenuhnya dan satu-satunya negeri majoriti bukan Melayu di negara ini, boleh mengenakan larangan ke atas penggunaan 40 perkataan Arab dalam undang-undang negeri tersebut.

Selangor yang lebih seimbang dari segi komposisi kaum itu pun hanya mengenakan larangan ke atas 36 perkataan sahaja.

Tapi itu tidak pentinglah, yang penting dah sedar kesilapan, ambil tindakan untuk membetulkannya.

Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat berdiri teguh di belakang masyarakat Kristian dalam isu kalimah Allah yang sedang hangat dipolitikkan oleh UMNO akhir-akhir ini.

Walaupun sebuah lagi kerajaan negeri Pakatan Rakyat, Kelantan, tidak memberi apa-apa respon sama ada akan mematuhi ketetapan yang telah dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat minggu lepas, tapi perkara itu tidak begitu memberi kesan yang besar.

Memang kalau boleh kita mahu Kelantan turut melakukan tindakan yang sama, tapi dengan majoriti rakyatnya beragama Islam dan berbangsa Melayu, kita semua boleh faham kalau Kelantan mengambil pendirian berbeza dalam isu ini.

No comments: