Saturday, January 4, 2014

Kuasa JAIS Akan Diletak DIbawah Kerajaan Negeri?

Berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu dan merampas beratus-ratus Bible Bahasa Melayu dari Persatuan Bible Malaysia di Damansara kelmarin, difahamkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memindahkan kuasa JAIS di bawah kerajaan negeri.

Matlamat pemindahan kuasa JAIS (yang sekarang berada di bawah Sultan Selangor), adalah bertujuan untuk memastikan tindakan seumpama ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Tindakan ini akan dibuat setelah pindaan perlembagaan negeri Selangor berkaitan dan penghapusan Enakmen 1988 berhubung perkara sama, dilaksanakan dalam satu sidang khas DUN yang akan diadakan kelak.

Dengan kuasa majoriti 2/3 di dalam DUN Selangor, Pakatan Rakyat berhak meminda undang-undang tubuh negeri, termasuk dalam soal berkaitan agama Islam, tanpa terlebih dahulu mendapatkan pandangan Sultan.

Perkara ini adalah antara beberapa persetujuan yang dicapai antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pertemuan dengan Archbishop Emeritus Tan Sri Nicholas Murphy Xavier Pakiam minggu lepas. 

Majoriti parti komponen dalam Pakatan Rakyat sudah jelas tidak ada masalah dengan pindaan yang akan dibentangkan nanti.  Masalahnya cuma dengan PAS, tapi aku tidak nampak yang ia akan berpanjangan.  

Ini kerana khabarnya, PAS cuma meminta beberapa tambahan kerusi sebagai Ahli Majlis sebelum boleh bersetuju dengan pindaan tersebut.

Khalid rasanya tidak ada masalah dengan permintaan itu, yang penting baginya adalah pindaan ini perlu disegerakan bagi mengelakkan JAIS menjadi terlalu berkuasa - melebihi kuasa kerajaan negeri sendiri.

Aku juga mendengar dari sumber yang layak dipercayai, kerajaan negeri bukan sahaja akan menghadkan kuasa JAIS dalam pindaan perlembagaan negeri yang bakal dilaksanakan nanti, bahkan kuasa ketua negeri juga - terutama dalam soal Islam.

Berapa banyak kuasa yang akan dihadkan serta butiran-butiran lain itu nanti, masih dalam perbincangan dan belum ada keputusan muktamad telah dibuat. Tapi nampaknya ia antara isu yang mendapat perhatian utama, terutama di kalangan wakil DAP.

Tidak pasti bagaimana ini dapat dilaksanakan kerana secara dasarnya, yang menjamin kuasa Sultan ke atas agama Islam ini bukan setakat perlembagaan negeri sahaja, bahkan perlembagaan persekutuan juga.

Seperti yang semua tahu, perlembagaan negeri tidak boleh mengatasi perlembagaan persekutuan.

Apa pun, aku serahkan kepada kebijakan penggubal undang-undang Pakatan Rakyat di Selangor untuk menyelesaikan masalah ini, aku yakin, mesti ada jalan.

Yang penting ialah kebebasan beragama di Selangor (termasuk di kalangan orang Islam), perlu dikekalkan seperti sekarang atau nanti rakyat akan melihat tidak ada beza pemerintahan di zaman BN dengan Pakatan Rakyat.

Itu yang penting naskah-naskah Bible bahasa Melayu yang dirampas JAIS, dikembalikan untuk tujuan tersebut.  Naskah Bible bahasa Inggeris dan lain-lain tu ada, tapi orang Melayu lebih senang dengan Bible dalam bahasa mereka.

No comments: