Wednesday, January 29, 2014

Pas belum terima penjelasan PKR

  • HusamHusam
 1 / 1 
KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya belum menerima penjelasan daripada PKR susulan peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh dan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penggantinya.

Beliau berkata, Pas akan mendapatkan ulasan berhubung apa yang telah berlaku apabila pihaknya mengadakan mesyuarat Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

“Sehari dua ini belum ada mesyuarat, mungkin ada sebab dalaman (peletakan jawatan itu), tetapi tindakan itu mungkin tindakan dalaman yang mendapat persetujuan yang baik.


“Sebelum mendapat penjelasan, saya tidak boleh memberi komen apa sebab dan apa tujuan (tindakan itu),” katanya kepada sidang media selepas membentang kertas kerja pada Majlis Kolokium Agenda Kesejahteraan Rakyat, di sini, semalam.

Husam berkata, jika peletakan jawatan itu dilakukan untuk menjadikan keadaan bertambah baik dan memerlukan perubahan, beliau menyatakan perkara itu perlu dilakukan.

Ditanya adakah pimpinan Pas di Selangor boleh diangkat sebagai calon Menteri Besar yang baharu, Husam berkata, sebarang keputusan melantik pemimpin perlu mendapat persetujuan rakan Pakatan Rakyat.

“Pas mempunyai 15 kerusi dalam Selangor, tetapi dengan 15 kerusi sahaja, kita tidak boleh membentuk kerajaan, hanya dalam Pakatan Rakyat kita boleh membentuk kerajaan.

“Kita ada rakan lain, ada kerusi, jadi nak kata kerajaan Selangor dibentuk sendiri oleh Pas, tidak boleh, memang persetujuan Pas juga anggota pimpinan lain diperlukan untuk lantik Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata, kesemua 15 Adun yang ada di Selangor layak menjadi Menteri Besar, tetapi ia memerlukan persetujuan rakan-rakan lain.

No comments: