Bila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat keputusan untuk menggugurkan YB Azmin Ali dari senarai ahli lembaga pengarah PKNS, ia adalah ibarat keputusan yang membawa kepada pengisytiharan perang.
Penyokong-penyokong Azmin dan sebahagian besar rakyat Selangor sendiri kecewa dengan berita penyingkiran Azmin dari PKNS kerana ia jelas satu keputusan politik yang dibuat untuk mensabotaj kedudukan Azmin di Selangor.
Masalahnya disini bukan wang tapi lebih kepada maruah Azmin sebagai pemimpin yang lebih kanan dalam parti, berbanding Khalid.
Azmin adalah Timbalan Presiden PKR, ADUN Bukit Antarabangsa, Ahli Parlimen Gombak dan penyokong setia Datuk Seri Anwar Ibrahim zaman berzaman, beginikah cara Khalid melayan beliau?
Dalam masa sama, tindakan ini mengesahkan desas desus yang bertiup kencang bahawa Khalid - pemimpin PKR tanpa jawatan politik, akan menentang Azmin dalam pemilihan PKR Mac nanti.
Sama ada jawatan Timbalan Presiden atau Presiden PKR sekiranya Datin Seri Wan Azizah buat keputusan melepaskan jawatan tersebut, aku tak pasti, tapi ceritanya, dimana Azmin bertanding, Khalid akan ada disitu.
Azizah pula dikhabar akan menyandang jawatan baru yang akan diwujudkan dalam PKR - Timbalan Ketua Umum bagi membantu suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menguruskan hal-hal parti tanpa perlu bimbang dengan pergolakan politik.
Seperti perebutan jawatan umpamanya.
Balik pada isu tadi, sekiranya Khalid mahukan perang, maka peranglah yang dia akan dapat. Kami para penyokong Azmin di alam siber, akan memanipulasi sepenuhnya kelemahan pentadbiran Khalid di Selangor untuk memastikan usahanya merampas jawatan Azmin, gagal.
Malah, kami juga tidak akan berhenti sehingga Khalid digugurkan dari jawatan Menteri Besar Selangor kerana kita semua tahu, dia tidak layak untuk jawatan itu, Azmin yang layak.
Tunggu Khalid, tunggu.
No comments:
Post a Comment