Aku mendapat sumber yang agak sahih menyatakan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak langsung berminat untuk mencabar Azmin dalam pemilihan PKR yang akan datang.
Bukan setakat itu, Khalid juga tidak berminat dengan politik dan tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, Khalid membuktikan dia masih boleh bertahan dalam PKR walaupun tanpa jawatan politik.
Maka itu, disebutkan bahawa pemecatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS yang dibuat Khalid kelmarin, bukan disebabkan Khalid sendiri, tapi kuasa ketiga yang mengawal Khalid dari belakang.
Kuasa ketiga inilah yang sebenarnya mempunyai kepentingan politik kalau pengaruh Azmin berjaya dikurangkan atau dihapuskan terus.
Semua orang sibuk mencari sekarang pihak ketiga manakah yang dimaksudkan mempengaruhi Khalid dari belakang untuk menjatuhkan Azmin.
Malangnya, aku mendapat beberapa petunjuk yang agak tidak menyenangkan kerana semuanya merujuk kepada fraksi-fraksi yang berada dalam inner circle Presiden PKR sendiri!!
Sememangnya kebarangkalian ini tidak dapat dielakkan. Hanya orang bodoh saja percaya Khalid mampu bertahan tanpa jawatan politik sehingga sekarang dengan sendiri, kalau bukan kerana ada pengaruh yang lebih besar di atas.
Apa lagi yang lebih besar kalau bukan Presiden PKR sendiri. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tentu tidak akan menyokong Khalid kerana beliau lebih cenderung kepada Azmin yang merupakan penyokong setianya tidak kira keadaan.
Jika ini benar, aku harap sesuatu dapat dilakukan untuk meredakan keadaan ini sebelum ia menjengkelkan rakyat, terutama di Selangor.
Adakah Nurul Terlibat? |
Memang, buat masa sekarang, apa pun pergolakkan politik dalaman PKR tidak begitu memberi kesan kepada rakyat Selangor kerana tujuan utama sekarang ialah untuk menghalang BN dari berkuasa semula di negeri tersebut.
Tapi lama kelamaan, masalah itu pasti akan akhirnya menjejaskan pengaruh Pakatan Rakyat dan PKR sendiri di negeri tersebut.
Bila itu berlaku nanti, tidak ada pihak yang akan menang, semua orang akan kalah dan rugi.
No comments:
Post a Comment