Sunday, January 5, 2014

Protes UMNO Gagal, Orang Islam Selangor Bersama Kristian


Pagi tadi diadakan protes oleh UMNO Selangor dan beberapa NGO tajaaan mereka seperti JATI dan ISMA, kononnya untuk membantah tindakan paderi Andrew Lawrence mempertahankan penggunaan kalimah Allah di dalam majalah The Herald.

Aku tak salahkan sesiapa kalau tak ramai yang tahu tentang itu kerana UMNO memang bukan pihak yang betul bila bercakap tentang penganjuran demonstrasi.  Kalau Pakatan Rakyat itu lain, demonstrasi memang bidang kita zaman berzaman.

Demonstrasi yang di adakan di Padang Sultan Sulaiman Klang itu, dilaporkan hanya dihadiri sekitar 1,000 orang sahaja dan berakhir sekitar pukul 12 tengahari tadi.


Melihat kepada jumlah kehadiran, jelaslah disitu bahawa masyarakat Islam di Selangor tidak menyokong tindakan UMNO membantah penggunaan kalimah Allah oleh paderi Lawrence.

Walaupun ia (jumlah kehadiran rendah), dikaitkan dengan pengumuman Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Seri Noh Omar semalam yang melarang pembabitan ahli UMNO dalam perhimpunan tersebut, tapi ramai bersetuju faktor itu kurang main peranan.

Hakikatnya, soal agama ini lebih banyak berkisar tentang kehidupan selepas mati, sedangkan orang Islam di Selangor utamakan isu-isu semasa hidup sekarang ini, berkisar kepada kenaikan kos sara hidup dan harga barang.

Itu lebih menekan dan menyusahkan, berbanding isu kalimah Allah yang tidak memberi apa kudis pun kepada kehidupan seharian.

Kegagalan himpunan UMNO membantah penggunaan kalimah Allah ini memberikan petunjuk bahawa orang Islam di Selangor bersetuju sepenuhnya jika kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu menghapuskan Enakmen 1988 yang menghalang agama Kristian dikembangkan di kalangan orang Islam.

Enakmen itu yang merupakan kesinambungan dari Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dalam konteks yang sama, memang seharusnya sudah patut dihapuskan kerana ia semakin tidak relevan dengan perkembangan semasa.

Rakyat Selangor mahukan kebebasan beragama dilaksanakan sepenuhnya di negeri tersebut, bukan setakat di kalangan orang Islam sahaja.

Mengikut maklumat yang aku dapat, sejak 2008, lebih 12,000 orang Islam di Selangor telah memeluk agama Kristian dengan majoriti terbesar berlaku di Klang dan Damansara.

Jumlah ini perlu dilihat sebagai satu kejayaan dakwah mubaligh Kristian yang dimudahkan sejak Pakatan Rakyat menjadi pemerintah.

Jika UMNO/BN masih menjadi kerajaan di negeri tersebut, jangan haraplah kejayaan besar ini dapat dicapai.

No comments: