Monday, January 6, 2014

Wacana Sinar ke-25: Bincang isu harga naik

  • wacana25
 1 / 1 
SHAH ALAM - Kesan kenaikan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan yang sudah diuar-uarkan sejak tahun lalu mungkin belum sampai ke kemuncaknya.

Namun Januari 2014 yang baru sahaja membuka tirai dihambat dengan pelbagai rungutan yang tidak henti di kalangan rakyat.

Ada sahaja harga yang naik walaupun ia bukan antara produk atau perkhidmatan yang diumumkan kerajaan akan mengalami peningkatan harga.


Sinar Harian, media yang dekat di hati rakyat sekali lagi akan menjadi platform antara pemimpin dan rakyat supaya isu kenaikan harga ini boleh dibincangkan secara ilmiah.

Besar harapan supaya ia menjadi medan untuk berkongsi idea seterusnya mendepani cabaran untuk tahun-tahun mendatang bumi Malaysia ini. Sudah tentu untuk mencari jalan penyelesaian jika ada!

Membawa tajuk 'Kejutan Ekonomi Selepas PRU13', kami tampilkan kepada anda barisan panelis yang tidak asing lagi, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed dan pakar ekonomi dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Amir Hussin Baharuddin.

Wacana Sinar Siri ke-25 ini akan dikendalikan oleh moderator terkenal yang juga penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.

Jangan ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan wacana kali ini yang akan diadakan pada Khamis (9 Januari 2014), jam 2.45 petang bertempat di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, di sini. Masuk adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Laila (019-3310211), Fazli (019-2808492) dan Nurkhairini (0193371066).

Mari sama-sama kita mengimarahkan diskusi ini dan mendapat ilmu yang bermanfaat. Insya-ALLAH.

No comments: