Saturday, February 1, 2014

Azizul & Shalwati: Najib Tidak Wajar Bela Pendera Kanak-Kanak


Pakatan Rakyat membantah layanan istimewa yang diberikan pentadbiran pimpinan Najib Tun Razak kepada pasangan Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Norshal yang ditahan di Sweden kerana dakwaan memukul anak mereka.

Lupakah kita bahawa pasangan tersebut adalah pendera kanak-kanak?  Tengok muka laki bini ini pun dah macam taliban!!

Memukul anak hanya kerana tidak menunaikan sembahyang ini adalah satu perbuatan paling zalim dan paling bodoh yang aku pernah dengar.

Orang lain beragama juga, tak pulak aku dengar sesiapa pukul anak masing-masing hanya sebab tak sembahyang, ini agama jenis apa yang ajar keganasan macam ini?  Bukankah dalam Islam diajar tidak ada paksaan dalam beragama?  

Tapi bila taknak sembahyang, dipukulnya pula budak tu, bodoh!!

Macam ini celaka punya mak bapak, sepatutnya kerajaan biarkan saja mereka mereput dalam penjara di Sweden sana, bukannya bagi macam-macam keistimewaan kepada pasangan tersebut.

Ini tidak, aku difahamkan kerajaan Malaysia begitu bermurah hati membantu pasangan tersebut.  Dari bayaran guaman, usaha bawa balik anak-anak dan sebagainya, semua disediakan kerajaan Malaysia untuk memastikan nasib pasangan tersebut terbela - kononnya.

Apa gila macam ini?

Belum lagi kita persoalkan berapa banyak wang rakyat yang dibazirkan untuk bantu pasangan tersebut.  Bayaran guaman saja dah berapa, bayaran bawa balik anak dah berapa, hantar misi untuk bantu keluarga tersebut dan sebagainya, dah berapa?

Dalam masa yang sama, rakyat belum lupa betapa tidak adilnya kerajaan Malaysia dalam membantu rakyatnya yang menghadapi masalah di luar negara.

Baru sahaja beberapa minggu lepas, bakal Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang dari memasuki Jepun tanpa alasan yang munasabah.  Pada waktu itu, Najib Tun Razak cuci tangan, kononnya tak boleh masuk campur dalam undang-undang negara lain.

Yang sekarang ini apa?  Hantar Timbalan Menteri Luar untuk berbincang dengan kerajaan Sweden supaya pasangan tersebut dibebaskan dan anak-anaknya dibawa balik ke Malaysia dari jagaan keluarga angkat (bukan Islam), itu bukan campur tangan?

Campur tanganlah tu.  Kenapa boleh, kenapa dalam kes Anwar tidak boleh?

Jadi kesimpulannya macam inilah, apa yang berlaku sekarang membabitkan pasangan pendera kanak-kanak tersebut hanyalah wayang politik untuk beri kelebihan kepada BN semata-mata.  Nak tunjuk yang BN prihatin nasib rakyat, utamakan agama Islam dan yang semacam itu.

Semua ini kita boleh bacalah, bukan susah sangat.

No comments: