Sunday, February 9, 2014

Beranikah KJ Arah FAM Pecat Pengurusan JDT?


Sudah cukup susah bila ada penyokong fanatik bolasepak di negara ini yang berlagak seperti samseng setiap kali pasukan masing-masing beraksi, sekarang bolasepak di negara kita di bebani pula dengan pentadbir persatuan yang turut memiliki sikap yang hampir sama.

Memalukan sungguh.

Aku rujuk perkara ini kepada kejadian pergaduhan dalam terowong antara JDT dan T-Team dalam persaingan Piala FA Selasa lepas.

Dalam insiden tersebut, dikatakan berlaku pergaduhan yang membawa kepada kejadian tumbuk menumbuk dan ada juga ugutan bunuh dari pengurusan tertinggi JDT ke atas pegawai pasukan T-Team.

Ini dah bukan main bola tapi sudah ada unsur-unsur mafia.  Dulu hanya penyokong pasukan Kelantan sahaja yang ada masalah ini, sekarang, penyokong dan pengurusan pasukan JDT pun ada masalah yang sama?

Di Facebook pun, pengurusan JDT yang berkenaan teruk dikecam sehingga digelar samseng dan sebagainya.  


Tidak cukup dengan itu, seorang bekas pemain JDT dalam pasukan T-Team, secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan menyebelahi JDT dengan mendakwa tidak berlaku apa-apa insiden seperti yang didakwa oleh T-Team pada hari tersebut.

Ramai percaya pemain tersebut dibayar satu jumlah wang yang banyak untuk menutup insiden tersebut dari menjadi lebih besar - malangnya dah terlambat, isu itu sudah pun menjadi terlalu besar sehingga sukar nak dikaburkan dengan berapa banyak wang sekalipun.

Macam-macam.

Pakatan Rakyat melihat semua yang berlaku ini sebagai ancaman terhadap perkembangan sukan di negara kita dan mendesak Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaludin agar masuk campur bagi menghalang perkara ini dari terus berlanjutan.

Kita tidak ada masalah kalau sesiapa nak jadi samseng atau lanun sekalipun, tapi bukan dalam bidang sukan apatah lagi yang popular seperti sukan bolasepak ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dilaporkan sangat bimbang dengan perkembangan sekarang kerana perkara ini belum pernah terjadi sepanjang beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan pada lewat 80-an dulu.

Maka itu, Pakatan Rakyat telah menyediakan satu memorandum yang akan dihantar kepada Khairy minggu depan mendesak supaya persatuan JDT dibubarkan dan status bolasepak Johor dikembalikan kepada keadaan sedia ada.

Khairy boleh guna kuasanya sebagai Menteri untuk desak FAM ambil tindakan tersebut.

Persoalannya sekarang, agak-agak dia berani tak ambil keputusan itu?  Atau takut lagi diharamkan masuk ke Johor, seperti mana dia diharamkan dari masuk ke Pahang sekarang kerana cuba cari pasal dengan Sultan Pahang dalam isu FAM?

Sama-samalah kita tunggu keputusannya.

No comments: