Wednesday, February 26, 2014

Biar Takde Air Asal Jangan UMNO Perintah


Sejak Pakatan Rakyat menang di Selangor pada 2008, rakyat Selangor memang sudah bersedia untuk menerima pelbagai tekanan dan penyeksaan dari kerajaan Pusat kerana membuat keputusan menolak BN.

Rakyat Selangor belajar dari pengalaman rakyat Kelantan yang disisihkan dari arus pembangunan sebaik PAS menang negeri tersebut pada 1990 dan Tuan Guru Nik Aziz dilantik menjadi Menteri Besar.

Cuma untung rakyat Selangor, negeri itu sudah sedia maju dibawah pentadbiran BN yang dulu, selain kedudukkannya yang strategik.  Tak boleh kerajaan pusat nak pinggirkan begitu saja seperti Kelantan.

Awal penggal yang lepas, rakyat Selangor dibebani dengan masalah sampah, apabila Tan Sri Khalid Ibrahim buat keputusan untuk tamatkan kontrak Alam Flora supaya PBT Selangor boleh urus kutipan sampah sendiri, seperti dulu tanpa melalui pihak ketiga.

Bimbang nanti ada sabotaj kerana Alam Flora antara lain dimiliki oleh pelabur-pelabur UMNO.

Masalah air juga sebenarnya sudah bermula selepas 2008, berikutan keputusan kerajaan negeri enggan meneruskan projek Langat 2 kerana kontraktor utama PKNS, digantikan dengan kontraktor lain.

Keputusan ini merugikan kerajaan Pakatan Rakyat kerana kalau PKNS masih kontraktor utama, ramai sub kontraktor dari kalangan penyokong dan penyumbang politik Pakatan Rakyat akan dapat faedah dari projek yang bernilai RM 9 billion itu.

Tapi kerana kontraktor utama digantikan dan Pakatan Rakyat kerugian dari segi tu, maka terpaksalah rakyat Selangor menghadapi krisis air sekarang, dikala Langat 2 sepatutnya sudah mula beroperasi pada tahun ini.

Memang yang buat keputusan untuk tidak teruskan projek ialah kerajaan Selangor, tapi keputusan itu didorong oleh tindakan menggantikan kontraktor utama kepada orang lain, sehingga merugikan Pakatan Rakyat dari segi hasil.

Jadi mudahnya disini, rakyat Selangor sudah biasa susah sejak Pakatan Rakyat perintah.  Pelbagai masalah yang berlaku sekarang hanya menguatkan lagi sokongan terhadap Pakatan Rakyat.  Buktinya dalam PRU13 yang lepas, UMNO tinggal 12 kerusi DUN dari 20 pada 2008, MCA dan MIC terus gigit jari.

Sedangkan Pakatan Rakyat terus menambah kerusi kepada 44 lagi.  

Jadi jangan pelik kenapa masalah air di Selangor sekarang bertambah teruk kerana ini memang sudah dijangka.  Hakikatnya, air di Selangor cukup sehingga 2019, tapi aku syak UMNO sekat sumber air melalui kaedah-kaedah tertentu sehingga Selangor kekurangan air seperti sekarang.

Masalah semua ini bagaimanapun kecil, kalau dibandingkan UMNO yang perintah Selangor.  Biarlah air takde, biarlah sampah berlambak, biarlah rakyat Selangor melarat, yang penting, UMNO jangan dibenarkan memerintah negeri itu semula.

Orang Selangor ingat macam itu sudah.

Lagipun sejak krisis air ini berlaku, rakyat Selangor tidak lagi perlu membayar bil air (setelah ditolak subsidi air percuma) kerana air yang dihantar Syabas adalah percuma sepenuhnya.