Tuesday, February 25, 2014

Bolehkah Anak Dara Tua Jadi Wakil Rakyat?

Calon BN di PRK Kajang 23 Mac nanti, Datin Paduka Chew Mei Fun ini sebetulnya anak dara tua, aku baru tahu.  Ingatkan ada gelaran Datin Paduka, adalah pulak Datuk Padukanya di sebelah, rupanya tak payah.

Jadi persoalannya sekarang, mampukah Chew Mei Fun ini menjalankan tugasnya dengan sempurna kalau dia pun tidak mampu nak berkeluarga, maksud aku, keluarga dia sendirilah, ada suami, anak, cucu dan sebagainya?

Keluarga dan kepimpinan ini berkaitan rapat.  Sebelum nak memimpin sejumlah besar orang yang lain, perlulah terlebih dahulu memimpin sekumpulan kecil orang dalam bentuk keluarga ini dulu.  Sebab itu majoriti pemimpin di Malaysia dan dunia ini, semuanya ada keluarga sendiri, sama ada suami atau isteri.

Malah dikatakan, kejayaan seorang lelaki dan wanita itu,, pasti kerana pasangan masing-masing yang menyokong di belakang - merujuk kepada institusi kekeluargaan.

Benar, dalam Pakatan Rakyat pun ada pemimpin wanita dan lelaki yang tidak berkahwin tapi mampu menjalankan tugas dengan cemerlang, tapi mereka berbeza kerana kalau diikutkan dari trend dalam PRU13 yang lepas, mereka ini menang bukan kerana diri mereka sendiri, tapi kerana parti yang diwakili.

Terutama DAP.

Sedangkan dalam kes PRK Kajang kali ini, pengundi kawasan itu akan membuat pilihan berdasarkan kredebiliti calon terlebih dahulu, sebelum parti yang diwakili masing-masing.  Seterusnya menjadikan soal keluarga ini penting.

Atau mungkinkah calon BN ini dari spesis yang tidak gemarkan lelaki?  Itu aku tak tahulah, terserah pada kebijakkan masing-masing untuk membuat penilaian sendiri berdasarkan situasi semasa.  Pada aku, lelaki atau perempuan bukan masalah, yang penting mesti ada pasanganlah.

Moral, dosa dan pahala, bukan tangan aku nak menentukannya.