Datuk Seri Anwar Ibrahim dimaklum bersedia mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan Kajang sebagai ibu negeri Selangor yang baru sebaik beliau mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor nanti.
Kajang adalah lokasi yang difikirkan sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran Selangor yang baru memandangkan kepada lokasi daerah tersebut yang terletak berhampiran dengan Putrajaya, Kuala Lumpur dan KLIA, Sepang.
Pemilihan Kajang sebagai ibu negeri Selangor yang baru juga adalah bagi meraikan perlantikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor yang baru dan bakal Perdana Menteri Malaysia ke 7.
Ibu negeri Selangor yang sekarang, Shah Alam difikirkan sudah tidak lagi sesuai memandangkan kepada kedudukkannya yang sudah jauh dari pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya yang akan menjadi pejabat baru Anwar nanti.
Ketika mula diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor pada 7 Disember 1978, Shah Alam dilihat lokasi yang sesuai untuk menggantikan Kuala Lumpur (diserah kepada kerajaan persekutuan) sebagai ibu negeri Selangor kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah antara bandar diraja Klang dan Kuala Lumpur sendiri.
Dengan pemindahan pusat pentadbiran persekutuan yang baru dari Kuala Lumpur ke Putrajaya, Shah Alam sudah tidak lagi relevan sebagai ibu negeri Selangor. Lagipun nilai tanah di Shah Alam sudah begitu tinggi sehingga tidak lagi sesuai untuk didirikan bangunan-bangunan kerajaan.
Shah Alam seharusnya ditukar taraf menjadi pusat perlancongan terkemuka di Selangor dengan membanyakkan lagi pusat-pusat hiburan komersial untuk keluarga dan dewasa. Buat masa sekarang, pusat tarikan pelancong terkemuka negara, I-City juga sudah beroperasi di Shah Alam.
Pembangunan seperti I-City ini perlu diperbanyakkan lagi. Kalau tidak 100%, sekurang-kurangnya 70% dari keseluruhan Shah Alam perlu dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan yang disebutkan di atas.
Sementara itu, pusat pentadbiran baru Selangor dipindahkan ke Kajang. Pembangunan yang bakal dibawa semasa membangunkan pusat pentadbiran Selangor yang baru itu nanti, pasti akan memberikan manfaat yang tidak terkira banyaknya kepada penduduk Kajang dan kawasan sekitarnya.
Apapun, inilah bukti kesungguhan Anwar untuk meletakkan Kajang sebagai satu daerah yang setaraf dengan pembangunan moden dan pesat di sekelilingnya - sesuatu yang gagal dilakukan BN sepanjang 50 tahun memerintah Selangor dulu.
Letak Anwar satu orang, semua masalah selesai, hebat tak hebat.
No comments:
Post a Comment