Aku difahamkan bahawa Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan pendakwa raya pro UMNO, Tan Sri Shafie Abdullah untuk menghalang kes rayuan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari ditangguhkan.
Mahkamah Persekutuan sebentar tadi membuat keputusan untuk menangguhkan kes tersebut bagi memberi laluan kepada pasukan peguambela Anwar untuk mencabar keterangan saksi utama pihak pendakwa, DSP Jude Pereira yang juga merupakan bekas pegawai penyiasat dalam kes tersebut.
Kredebiliti Jude Pereira dipersoalkan banyak pihak setelah permohonannya untuk menjadi peguam cara ditolak Mahkamah Tinggi baru-baru ini.
Jarang sekali berlaku permohonan untuk menjadi peguam ditolak di negara ini melainkan ada isu-isu kredebiliti calon peguam tersebut yang menjadi persoalan.
Apa pun yang penting kes ini telah ditangguhkan sehingga 28 Februari nanti bagi memberi peluang Mahkamah mendengar permohonan tersebut terlebih dahulu.
Tahniah..
No comments:
Post a Comment