Wednesday, February 26, 2014

Khalid Ibrahim Perlu Pastikan Bekalan Air Di Kajang Tidak Terganggu


Aku difahamkan catuan air di seluruh negeri Selangor sekarang, berlaku kerana ada usaha dari kem Tan Sri Khalid Ibrahim nak sabotaj kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dapat 80% undi di Kajang.

Masalah kemarau dan cuaca panas ini pada hemat aku, kurang memberi kesan kepada bekalan air di Selangor kerana Khalid pernah sebut dulu yang negeri itu ada cukup banyak sumber air yang boleh digunakan untuk memastikan bekalan air berterusan di negeri itu.

Andaian seperti ini (sabotaj) berlaku kerana Khalid masih enggan tandatangan surat letak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, berkuatkuasa 24 Mac nanti untuk beri laluan kepada Anwar menduduki kerusi tersebut.

Kita tak kata perkara ini benar kerana aku masih mahu percaya Khalid masih seorang penyokong PKR yang taat dan setia, tak mungkin dia akan ambil tindakan begitu (sabotaj).  Kalau bukan Anwar, Khalid boleh mimpi saja untuk jadi Menteri Besar.

Malah, Khalid pun aku yakin sedar akan hakikat tersebut, bukan Tuhan yang jadikan dia Menteri Besar Selangor, tapi Anwar.

Bagaimanapun, sebagai langkah selamat, kerajaan negeri Selangor selaku antara pemegang saham terbesar dalam Syabas perlulah memastikan Kajang tidak mengalami sebarang masalah air sepanjang kempen PRK ini berlangsung.

Selain menjamin kesetiaan Khalid, tindakan ini juga boleh membantu untuk menambah keyakinan rakyat Kajang atas kepimpinan Anwar dan perubahan yang boleh beliau buat kalau beliau dipilih menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut dan seterusnya Menteri Besar Selangor.

Anwar adalah pemimpin besar dan bertaraf dunia, ini semua orang tahu.  Kalau beliau tidak boleh pastikan rakyat Kajang berterusan dapat bekalan air dalam keadaan sekarang, apakah nanti pandangan rakyat terhadap beliau?

Macam mana Khalid nak buat tu, aku tak peduli.  Tidak ada masalah yang tak boleh diselesaikan di di dunia ini dan Khalid kalau betul bijak (seperti yang orang-orangnya dakwa), pasti tahu bagaimana nak selesai masalah kecil macam itu.

Dalam masa yang sama, inilah istimewanya rakyat Kajang kerana mendapat Anwar sebagai wakil rakyat.  Ini adalah antara beberapa kelebihan sebagai permulaan, yang lain akan datang selepas Anwar menjadi Menteri Besar nanti.