Tuesday, February 18, 2014

Khutbah Jumaat: Ulama PAS Kata Lim Kit Siang Tidak Salah, Tak Perlu Guna SOSMA


Ramai percaya amaran Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam kepada pihak-pihak yang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat, adalah ditujukan kepada Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Memang IGP Khalid tidak menyebut nama sesiapa, tapi kita tahulah ia ditujukan kepada Lim Kit Siang yang secara terbuka mempertikai khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM pada 2 Februari yang lepas,

Tapi 'ancaman' itu disambut dengan hilai ketawa saja oleh rakyat Malaysia, terutama yang aktif bergiat di alam siber. Beranikah IGP Khalid nak mengambil tindakan ke atas Kit Siang bila beliau dikelilingi oleh segala macam jenis peguam yang pakar dalam bidang masing-masing?

Sebut saja peguam macam mana mahu, peguam perlembagaan, peguam jenayah, peguam hak pekerja, politik dan sebagainya, semua dari mereka ini ada di dalam DAP dimana Lim Kit Siang sebagai penasihatnya.

Khidmat mereka ini pula percuma, tak perlu bayar satu sen pun.

IGP Khalid mungkin boleh tangkap, tapi nak memenjarakan Kit Siang dibawah SOSMA, tak akan berlaku sama sekali.  Paling tidak, hanya datang balai, rekod keterangan dan kemudian boleh balik rumah.

Ini masalah dengan sesetengah pihak di Malaysia sekarang, gemar sangat memandang rendah kepada keupayaan para peguam di negara ini, terutama yang aktif dalam parti politik DAP, untuk mencabar undang-undang yang direka UMNO demi kepentingan politik mereka.

Logiknya, takkanlah dengan hanya mempersoalkan khutbah Jumaat nak tangkap dibawah SOSMA? Kit Siang bukan pengganas Sulu yang nak mendakwa beliau dibawah Akta tersebut?  Bukankah katanya Malaysia ini 'juara' kebebasan bersuara, persoal khutbah Jumaat pun salah?

Habis, takkan nak biarkan saja khutbah Jumaat dijadikan platform untuk menyemai kebencian di kalangan orang Islam?

Aku sendiri telah memeriksa dengan beberapa orang tokoh ulama PAS yang terkemuka.  Rata-rata bersetuju bahawa kenyataan Lim Kit Siang mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat tersebut tidak salah kerana khutbah saja pun, bukan pertikai sembahyang Jumaat.

Kalau Lim Kit Siang pertikai sembahyang Jumaat, itu mungkin boleh jadi isu besar, masalahnya sekarang, yang dipertikai hanya khutbahnya saja, itupun kerana ia mengandungi mesej yang boleh menjurus kepada perpecahan kaum dan politik benci.

Jika khutbah itu bersih dan sekadar bercakap tentang ibadat orang Islam semata-mata, Lim Kit Siang dan DAP pun tidak akan ambil peduli.

Sepatutnya, IGP Khalid tangkap siapa yang menyediakan khutbah Jumaat itu bagi pihak JAKIM dibawah SOSMA, bukannya tangkap Lim Kit Siang!!

No comments: