Wednesday, February 5, 2014

Lihat ‘pencerobohan’ kapal China secara positif

KOTA KINABALU: Bekas Setiausaha Negeri Sabah Datuk Simon Sipaun mengesa semua pihak melihat reaksi kerajaan Malaysia secara realistik mengenai kemasukan kapal perang di perairan James Shoal.

Lebih dikenali sebagai Beting Serupai, kawasan ini merupakan sebuah beting di Laut China Selatan dengan kedalaman 22 meter terletak 80 km dari Bintulu.
Kawasan ini dituntut oleh Malaysia, Republik Rakyat China (RRC) dan Republik China Taiwan (ROC) dalam pertikaikan perebutan kawasan kepulauan Spartly di Laut China Selatan.

“Apabila dilihat dan difikir dari sudut perhubungan antarabangsa, ia adalah satu reaksi yang bijak bagi kerajaan Malaysia yang tidak memperbesarkan kejadian ini,” jelas beliau semasa temubual telefon dengan FMT
Beliau menjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan mampu untuk melindungi negeri Sabah dari kuasa besar seperti China sekiranya kita meminta bantuan.
“Kerajaan Malaysia juga menghadapi masalah semasa pencerobohan sekumpulan Sulu pada masa yang bulan Febuari tahun lalu.”
“Bayangkan sejumlah 7 batalion askar yang dikerah, yang mempunyai lebih kurang 6,500 orang askar untuk menghadapi pencerobohan itu yang sebanyak 235 orang.” kata beliau sambil merujuk kepada kejadian pencerobohan di Kampung Tanduo Lahad Datu.
“Apakah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Malaysia sekiranya mereka ingin memperbesarkan perkara tersebut tetapi pada masa yang sama tidak dapat berbuat apa apa?” beliau mempersoalkan.
Bukan ancaman

Namun, Sipaun tidak melihat pencerobohan kapal perang China di perairan Malaysia sebagai satu ancaman sebenar tetapi ia merupakan satu tindakan untuk mendapatkan pengiktirafan kuasa tenteranya dikalangan negara jiran terutamanya Malaysia

Adun Bingkor dan Ketua Star Sabah Datuk Jeffrey Kitingan mengesa kerajaan persekutuan bertanggungjawab segala kesan dan akibat kegagalan mereka bertindak akan kemasukan kapal perang dalam perairan Malaysia.
“Kerajaan Persekutuan perlu menjelaskan kemasukan kapal perang China dan mengambil tindakan untuk melindung keselamatan dan kedaulatan perairan Sarawak dan jarak 370 km (300 nautical miles) Kawasan Zon Exclusive (EEZ) Malaysia.”
“Dengan adanya kapal selam buatan Perancis, Jabatan Pertahanan Laut Malaysia sepatutnya berhampiran lokasi Benting Serupai dan menunjukkan kuasa ketenteraan.
Kegagalan kapal selam muncul menunjukkan kelemahan dalam pertahan laut Malaysia.”
“Perlindungan keselamatan juga telah dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 oleh pemimpin Malaya, kepada Sabah dan Sarawak sebagai satu syarat penyertaan penubuhan Malaysia.”
“Sekiranya tentera laut Malaysia gagal bertindak keatas kehadiran kapal laut China pada jarak 80 km dari perairan Sarawak, tidak dapat dijangka sekiranya kejadian pencerobohan benar benar berlaku.”
“Adalah kerajaan Persekutuan perlu melihat lagi satu lagi kejadian seumpama di Kampung Tanduo sekali lagi untuk mengambil langkah sepatutnya untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan Sarawak?”
Beliau juga mempersoalkan keperluan Sarawak untuk bersama pertubuhan Malaysia sekiranya kerajaan persekutuan gagal mengotakan perjanjian asal yang dimeterai sejak tahun 1963.

No comments: