Friday, February 28, 2014

Papagomo: Saman Jumlah Besar, Dapat Jumlah Kecil?


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini boleh tersenyum riang bila akaun banknya bertambah kepada RM 800,000 lagi setelah seorang blogger terkenal UMNO, Papagomo didapati bersalah kerana memfitnah beliau pada tahun 2011.

Keputusan oleh Mahlamah Tinggi Kuala Lumpur itu dibuat setelah Hakim berpuas hati bahawa penyebaran gambar-gambar Anwar bersama seorang lelaki dalam keadaan yang tidak sepatutnya itu telah mencemarkan maruah beliau sebagai seorang Melayu beragama Islam.

Tahniah kepada semua peguam-peguam Anwar.

Bagaimanapun, yang jadi persoalannya disini ialah, wajarkah dalam kes saman bernilai RM 100 juta ini, Mahkamah hanya membenarkan ganti rugi sebanyak RM 800,000 sahaja?  Jumlah itu tidak sampai 1% dari jumlah yang dituntut pun.

Walaupun jumlah itu boleh dikatakan besar, tapi ia boleh jadi lebih besar lagi kalau pampasannya lebih tinggi.

Ini belum lagi diambil kira faktor selepas rayuan dibuat, mungkin diakhirnya Anwar akan dapat jumlah yang jauh lebih kurang dari RM 800,000 ini atau dalam keadaan paling buruk, tidak dapat langsung!!

Kebarangkalian ini tidak boleh ditolak kerana aku difahamkan, persoalan utama dalam kes ini ialah sama ada blogger berkenaan adalah benar-benar Papagomo atau tidak.  Yang mengesahkan pun adalah saksi sama dalam beberapa kes saman berkaitan sebelum ini, blogger Perisik Rakyat.

Bagaimana kalau peguam defendan berjaya membuktikan dia bukan Papagomo dengan mempertikaikan kredebiliti saksi berkenaan dan Mahkamah yang lebih tinggi menerima hujah tersebut?  Habislah peluang Anwar nak membersihkan imej beliau.

Hilang duit satu hal lain.

Terlebih dahulu, perlu dijelaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak sama sekali berniat nak mempersoalkan keputusan Mahkamah, tapi kelihatan sudah sampai masanya undang-undang berkaitan di kaji semula supaya saman yang dibayar mestilah sama atau tidak jauh beza dengan jumlah yang dituntut.

Pakatan Rakyat akan mengusulkan perkara ini dalam persidangan parlimen yang akan datang, tapi sudah pasti akan melaksanakannya setelah Putrajaya kita rampas dalam PRU14 yang akan datang.

Barulah tidak ada sesiapa berani untuk menyiarkan gambar-gambar yang sepatutnya jadi hak peribadi orang lain seperti dalam kes ini.

Dalam masa yang sama, ramai penyokong Pakatan Rakyat mahu Anwar meneruskan saman ke atas blog-blog yang menyiarkan satu adegan dimana menggambarkan beliau sedang mengadakan hubungan seks dengan pelacur dari China sekitar 2 tahun yang lepas.

Sehingga kini, kes berkenaan masih tergantung tidak tahu kemana, walaupun 3 orang pelakunya, Datuk T, telah dikenakan hukuman kerana menyiarkan paparan lucah di khalayak ramai.

Barulah imej Anwar dapat dibersihkan sepenuhnya dari imej moral yang cuba dikenakan UMNO ke atas beliau.