Sunday, February 2, 2014

Pas tak akan khianati rakan

  • khairudinkhairudin
 1 / 1 
SHAH ALAM - Pas sama sekali tidak akan mengkhianati  tahaaluf siyasi (kerjasama politik) dalam PRK Dun Kajang.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia kerana tindakan itu tidak akan mendatangkan faedah kepada Pas.

“Pas tidak akan menghantar calon untuk bertanding PRK Dun Kajang, cukup dengan apa yang dipersetujui bersama.


“PRK Kajang adalah milik PKR dan mereka yang menghantar calonnya,” katanya ringkas kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini beberapa pemimpin Pas menyuarakan ketidakpuasan hati dengan tindakan PKR yang sengaja mengosongkan kerusi Dun Kajang bagi memberi laluan kepada Ketua Umum parti tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.

Selain rasa tidak puas hati, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas Selangor, Mohd Sany Hamzan  dilaporkan memberi amaran untuk tidak memberi kerjasama di PRK Dun Kajang sekiranya PKR tidak menerangkan dengan jelas sebab PRK tersebut diadakan.

No comments: