Saturday, February 1, 2014

Penduduk bimbang kempen ganas

PETALING JAYA: Kempen secara keterlaluan dalam pilihan raya kecil kerusi negeri Kajang akan ditolak oleh penduduk tempatan,

“Jangan cemarkan tempat ini (KaJang) dengan budaya samseng.
“Kajang adalah bandar yang aman,” beritahu Osman Ibrahim ketika ditemui sebuah  restoran petang semalam.

Bekas guru itu berkata, beliau menetap di Kajang sejak 35 tahun lalu sejak berpindah dari Negeri Sembilan.
Beliau mempunyai 10 orang anak dan lima daripadanya  tinggal di Kajang sama ada bekerja atau berniaga.
Osman berkata, dalam pilihan raya kecil selalu berlaku pergaduhan dan perkelahian.
“Saya amat bimbang jika kempen menghasut dan menghina dijalankan, pergaduhan akan berlaku.
“Lebih-lebih lagi banyak orang luar datang macam-macam boleh berlaku,” kata beliau.
Sesak dan bising
Penaiga makanan ringan yang mahu dipanggil Roslah pula berkata, Kajang akan sesak dan bising sepanjang berkempen kelak.
Katanya, dari satu segi peniaga untung tetapi masalah kesesakan lalu lintas akan berlaku tidak mengira siang malam.
“Kalau rumah tempat ceramah jam 12 tengah malam tidak boleh tidur lagi.
“Budak-budak sekolah yang teruk kerana tidak boleh belajar dan tidur awal,“ ujar beliau lagi.
Suruhanjaya pilihan raya akan mengadakan mesyuarat minggu depan untuk menetapkan tarikh pilihan raya kerusi Kajang yang dikosongkan oleh wakil PKR minggu lalu.
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi tersebut mewakili Pakatan Rakyat.
BN pula dijangka meletakkan calon Cina dari MCA.

No comments: