Friday, February 7, 2014

Selamatkan Teresa Kok Dari Amukan Gila Perkasa


Apapun kebodohan orang Melayu dalam soal mengadakan demonstrasi dan menyembelih ayam kerana membantah video Tahun Baru Cina Teresa Kok semalam yang dibincangkan tadi, satu yang pasti bahawa nyawa Ahli Parlimen Seputeh itu sedang berada dalam keadaan bahaya.

Kesilapan Teresa dalam hal ini ialah beliau menggabungkan perkataan Kantonis dan Mandarin dalam video tersebut sehingga membawa maksud "Melayu boleh pergi mati".  

Memang telah dijelaskan bahawa maksudnya bukan begitu, tapi Melayu ni tahu sajalah, bukan boleh dengar penjelasan orang.  Yang penting pada dia, bila dah marah tu, semua benda nak diamuknya.

Lebih-lebih lagi bila pertubuhan rasis Melayu seperti Perkasa dah bakar jiwa orang Melayu dengan dakwaan video itu bersifat perkauman, lagilah keadaan jadi parah.

Mengejutkan juga bila ikut maklumat yang aku dapat, sesetengah orang cina pun percaya ayat tersebut membawa maksud yang dijadikan isu itu. Inilah masalah.

Dengan itu Pakatan Rakyat perlu menyediakan khidmat pengawal peribadi untuk Teresa yang akan mengikutnya kemana sahaja beliau pergi, 24 jam sehari, sekurang-kurangnya 3 orang.

Cadangan ini adalah melihat kepada ancaman yang dihadapi sekarang, selain tawaran wang sebanyak RM 1,200 untuk sesiapa yang boleh menampar mukanya, kita bimbang ada tawaran besar lain yang lebih teruk lagi kesannya (tidak diumumkan).

Pengawal peribadi ini pula tidak boleh terdiri dari orang Melayu atau orang India.  Sebaik-baiknya orang Cina atau bangsa asing.  Ini bukan tentang perkauman tapi keselamatan sebab kalau pengawal Melayu tu kebimbangannya ketara sangat dan India pula, mereka senang dibeli.

Polis memang tidak boleh diharap kerana seperti yang kita semua tahu majoriti anggota mereka adalah penyokong tegar atau bersimpati dengan UMNO.  Lagipun Teresa dah banyak keluar kenyataan mengkritik pasukan polis, takkan mereka nak tolong beliau lagi.

Walaupun laporan polis mengenai ancaman tersebut telah dibuat, tiada tindakan untuk menjamin keselamatan beliau diambil setakat ini.

Sehingga aku difahamkan, Teresa tidak berani keluar rumah dan merancang untuk ke luar negara sehingga keadaan kembali reda.  Cuma persoalannya disini, berapa lama Teresa nak duduk di luar negara dan siapa yang akan membiayai kosnya nanti?

Sebab itu aku kata khidmat pengawal peribadi lebih baik dari melarikan diri ke luar negara.

No comments: