Monday, February 10, 2014

Sial Dibawa Khalid, Punca Budak Lemas??


Tidak ada alasan lain mengapa berlaku kematian dalam rumah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melainkan sial yang dibawanya akibat beberapa keputusan tidak berperkemanusian yang dibuatnya kebelakangan ini.

Antaranya, pemecatan 22 pegawai PKNS (lantikan Azmin Ali) dan kegagalan mengawal JAIS dalam isu kalimah Allah sehingga memerlukan campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan ketegangan berterusan antara orang Islam dan Kristian di negeri tersebut.

Semua inilah yang menyebabkan rumah Khalid kini jadi 'lubuk maut' kepada kanak-kanak dan tidak mustahil orang dewasa kalau tidak berjaga-jaga.  


Persoalannya sekarang, kenapa Khalid mengadakan majlis rumah terbuka di kawasan rumahnya sendiri.  Apa salahnya dengan menyewa dewan orang ramai atau paling tidak mengadakan majlis tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar?

Bukankah dengan cara itu lebih selamat dan murah sebab setahu aku, kediaman rasmi Menteri Besar tidak ada kolam renang, dan kalau ada sekalipun, pasti ada penjaga dan orang yang memastikan keselamatannya.

Tapi tidak mengapalah kalau nak adakan di rumah sendiri pun, cuma pastikanlah segala aspek keselamatan pengunjung dalam majlis tersebut di beri perhatian.  Perkara itu nampaknya tidak diberi perhatian oleh Khalid.


Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku kalau Khalid tidak terlalu ghairah nak menunjukkan kekayaaannya kepada tetamu yang hadir pada majlis tersebut.  Nak bagi tahu orang yang dalam rumahnya itu ada kolam renanglah tu.

Sebagai tuan rumah, Khalid tidak boleh mengelak dari bertanggungjawab atas kematian ini.  Pihak polis patut menyiasat kejadian ini dari sudut kecuaian Khalid dan jika perlu mendakwa Menteri Besar Selangor tersebut.

Ibu bapa kanak-kanak malang itu tidak bersalah sama sekali kerana mereka sibuk dengan menguruskan katering dan melayan tetamu yang datang.

Pakatan Rakyat juga harus mengkaji tindakan yang sesuai untuk Khalid kerana kejadian ini telah menjejaskan imej Pakatan Rakyat secara tidak langsung.  Aku sendiri bimbang isu ini akan dijadikan bahan politik UMNO dalam kempen PRK Kajang nanti.

Sudah terlalu ramai melihat semua yang berlaku ini sebagai alasan kukuh untuk menyingkirkan Khalid dari jawatan Menteri Besar Selangor.  Kalau Khalid tahu malu, dia patut letak jawatan sendiri dan tidak ada siapa pun yang akan persoalkan keputusan tersebut.

No comments: