Thursday, February 27, 2014

Siapa khianati tujuh wasiat Raja-Raja Melayu?

irwan fahmi
PETALING JAYA: Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris (gambar)  mendakwa kerajaan yang ada amat lemah lalu mengalihkan kesalahan kepada orang lain.

Menurutnya, sudah menjadi fitrah manusia yang tidak suka mengaku kesalahan sendiri.
“Siapa yang memerintah negara sekarang? Dan siapa yang mengkhianati siapa sehingga terhakis tujuh wasiat Raja-Raja Melayu?” soal beliau dalam twitternya kepada FMT.
Katanya lagi, ternyata tujuh wasiat Raja Raja Melayu sudah mula dihakis kerana kerajaan yang memerintah tidak menjalankan amanat ini.

Ketujuh-tujuh wasiat itu adalah seperti berikut:-
1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.