Thursday, February 13, 2014

Tangguh Kes Liwat: Dah Kata, Tuhan Pun Tak Boleh Halang Anwar Dari Jadi MB


UMNO nampaknya terus hampa untuk melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan semula atas dakwaan fitnah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, 5 tahun yang lepas.

Semua usaha UMNO untuk memenjarakan Anwar termasuk melantik bekas peguam UMNO sebagai, Tan Sri Shafie Abdullah sebagai pendakwa raya dalam kes tersebut, masih gagal dalam memastikan Anwar terlepas peluang bertanding dalam PKR Kajang bulan depan dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor

Inilah yang aku katakan sebelum ini, Tuhan pun tidak boleh halang Anwar dari bertanding, menang dan akhirnya menjadi Menteri Besar Selangor dan penangguhan kes liwat itu semalam adalah bukti kepada kenyataan tersebut.

Walaupun ada yang balas dalam komen kata aku bongkak, tapi persetan dengan semua itu kerana yang penting sekarang ialah misi Anwar dalam soal pengosongan kerusi DUN Kajang ini tercapai seperti yang dirangka lebih awal.

Buat masa ini, jelas menunjukkan, segalanya mengikut perancangan.  Benarlah pandangakan aku bahawa manusia yang buat perancangan dan manusia juga yang tentukan takdirnya sendiri, bukan mana-mana pihak atau kuasa yang lain.

Kalau benarlah seperti yang dikatakan sesetengah orang bahawa manusia tidak ada kuasa menentukan keputusan, maka penangguhan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam tidak akan berlaku.

Tapi kenapa penangguhan itu masih berlaku mengikut perancangan yang telah ditetapkan Anwar dan barisan peguamnya yang diketuai Karpal Singh?  Sebab seperti yang dijelaskan lebih awal sebelum, semuanya ditentukan manusia itu sendiri.

UMNO mesti mahu ingat ini, Karpal dan kebijakannya bukan setakat satu atau dua langkah dihadapan, tapi lebih jauh dari itu.  Jika tidak, maka  semua yang berlaku sekarang tidak akan berlaku mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Maka itu setelah halangan ini di atasi, maka langkah seterusnya ialah menumpukan sepenuh perhatian kepada agenda Anwar sebagai Menteri Besar Selangor.  Pilihanraya kecil 23 Mac nanti tidak perlu diberi perhatian sangat kerana Anwar sudah pun menang.

Banyak yang perlu dibuat bagi membersihkan negeri Selangor dari pertelingkahan berpanjangan Menteri Besar sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan kepimpinan politik PKR dan Pakatan Rakyat.

No comments: