• Chew Mei FunMei Fun
 1 / 1 
SHAH ALAM - Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun tidak mahu namanya dikaitkan  dalam perdebatan mana-mana pihak.

Menurutnya, beliau tidak harus dipersalahkan jika ada pihak atau individu tampil membuat kenyataan untuk memburukkan reputasi Ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR yang bertanding di kerusi PRK Dun Kajang.

"Saya tidak boleh bertanggungjawab dalam hal ini, saya tidak dapat halang mana-mana pihak buat kenyataan untuk menyebelahi saya," katanya.


Kelmarin, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang menyelar Setiausaha Pemuda MCA, Leong Kim Soon yang membuat kenyataan melarang Anwar daripad bertanding atas alasan 'bukan nak jati Selangor'.

Lih Kang turut  membuat kenyataan balas mendesak Mei Fun disingkirkan dari bertanding di Dun Kajang kerana bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat itu juga bukan anak kelahiran Selangor.

"Saya sudah menetap di Selangor sejak berumur 6 tahun, jadi isu ini tidak perlu dibangkitkan, ianya hanya memburukkan keadaan dan situasi kedua-dua parti," tambahnya lagi.